Wednesday, June 25, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

‘Cikgu Melaram Padahal Pergi Sekolah Je Pun’- Netizen Kritik Guru, Sekali Fasha Sandha Bagi Pesanan Padu

by Phic ARMAN
May 5, 2023
4.9k
KONGSIAN
Share on Facebook

Bila cakap tentang penampilan guru di sekolah, mesti kita akan teringat cikgu muda melaram dan menjadi kegemaran murid-murid. Ya lah, nak mengajar mestilah kenalah berpenampilan menarik supaya murid-murid pun rasa ceria dalam kelas.

Tapi ada juga segelintir netizen yang tidak bersetuju dengan guru yang melaram di dalam sekolah. Pengguna media sosial bernama Nadia ini berkata, guru-guru tidak perlu melaram kerana mereka tiada pejabat sendiri dan tiada penghawa dingin.

“Trend cikgu-cikgu sekarang (tak semua, tapi ramai) jenis pergi ke sekolah melaram macam nak pergi pertunjukkan fesyen. Padahal pergi sekolah je pun. Pejabat sendiri pun tiada, berlonggok jer. Semua duduk dalam bilik guru tanpa penghawa dingin, tapi perasan macam nak pergi ‘catwalk'”- tulisnya

Malah wanita ini membandingkan guru dengan kerjaya sebagai pensyarah yang lebih bersederhana.

“Cuba tengok pensyarah di IPTA, relaks jer. Kadang tu tudung pun senget benget, pakai baju pun ala kadar, kemas dan profesional berbanding guru”- tambahnya lagi.


Apa Salah nya?

Setelah meneliti rintihan ini, ramai yang bingung dan mempersoalkan apa sebenarnya masalah wanita ini yang tidak berpuas hati guru-guru untuk melaram. Hal ini turut mendapat perhatian aktres popular tempatan Fasha Sandha.

Fasha berkata, tidak ada masalah untuk guru berpenampilan menarik di sekolah . Fasha juga berpesan, tidak seharusnya dibanding-bandingkan dengan pensyarah atau professor kerana mereka semua tetap tenaga pengajar yang banyak jasanya.

Ok apa, biarlah cikgu nak bersiap. Apa salah nya? Tak baik nak banding2 gitu. Setiap pengajar sama je, banyak jasanya.

Komen Fasha mendapat persetujuan dari netizen termasuklah dari golongan guru-guru.

“@fashasandha Kakak mewakili guru-guru diluar sana ingin mengucapkan terima kasih untuk Fasha kerana keterbukaan fikiran dan memahami.”- tulis akaun @maryamlateefah

“@fashasandha jaga kain sendiri cukup..banyak masalah sendiri nak fikir hahahah”- tulis akaun @murisq.zal

@fashasandha betul tu, cikgu happy, nak mengajar student pun lagi rasa semangat, self confident tinggi and ceria jer pergi sekolah”- tulis akaun @nimahcumah

Jadi apa komen anda, salah ke guru di sekolah nak melaram?

[VIDEO] Gelagat Nora Danish & Fasha Sandha Beraya Bersama, Curi Perhatian Ramai!
What’s your Reaction?
+1
88
+1
42
+1
18
+1
6
+1
8
+1
14

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

fasha sandha
https://lomp.at/5guhr
Share1942Tweet1214SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    ‘Cikgu Melaram Padahal Pergi Sekolah Je Pun’- Netizen Kritik Guru, Sekali Fasha Sandha Bagi Pesanan Padu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem