• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Dah Pakai Rantai & Gelang”-Perubahan Drastik Naufal Azrin Dipersoal Netizen!

by Jash Lee
May 8, 2023
Share on Facebook

Ahmad Naufal Azrin atau lebih dikenali dengan Naufal Azrin merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Naufal memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi nasyid, dalam kumpulan Zayne yang ditubuhkan pada 2019. Pada tahun 2022, Naufal meninggalkan kumpulan itu untuk bergerak secara solo.

Rezeki Yang Melimpah Ruah Melalui Lagu Casablanca

Lagu yang bertajuk Casablanca yang dinyanyikan olehnya bersama rakan duet iaitu Nuha Bahrin, mendapat perhatian ramai apabila lagu tersebut kini mencecah sebanyak 28 juta tontonan. Lagu tersebut menjadi popular di dalam serta luar negara, yang telah mengangkat nama Naufal dan Nuha lebih dikenali ramai.

Netizen Kecewa Penampilan Berubah Sejak Sertai Big Stage 5

Baru-baru ini, Naufal menyertai Big Stage musim kelima bagi menambah pengalaman dalam industri muzik tanah air. Namun, penampilan Naufal pada konsert minggu pertama dipersoalkan netizen kerana berubah secara keseluruhannya.

Naufal membuat penampilan pertamanya di konsert berkenaan, dengan mengayakan blazer berwarna merah bersama aksesori rantai leher dan gelang tangan.

View this post on Instagram

A post shared by Beegood Music (@beegoodmusic)

Gambar yang dimuat naik di laman instagram miliknya itu, dihujani dengan komen dari netizen di mana rata-rata mereka kecewa dengan perubahan Naufal akibat dari terleka mengejar dunia hiburan.

“Terjatuh dalam dunia industri, padahal dulu rambut sikat tepi siap zikir allahu rabbi”-kata mereka

“Bila hidup terbuai dengan dunia. Dulu post semua islamik, pakaian semua islamik. Sekarang pakaian dan moden dan seksi, lengkap rantai dan gelang. Moga Allah jaga kita semua”-ujar mereka

“Kalau Naufal tersingkir pun nanti, harap itu sebahagian dari asbab untuk tidak bawa dia lebiih jauh tersasar”-tambah mereka

VIA instagram
VIA instagram

Apa-apa pun, sama-sama kita doakan yang terbaik buat Naufal dan diri kita, agar tidak lalai dengan dunia yang sementara ini.

Apa kata anda?

big stage musim ke-5Casablancanaufal azrin
https://lomp.at/4skzl
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore