Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita di Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001. Sejak dari itu, rezekinya terus melimpah ruah.
Dalam tak sedar sudah dua tahun Allahyarhamah Siti Sarah pergi meninggalkan suami serta anak-anaknya. Ketika Malaysia di landa wabak COVID-19, Allahyarhamah Siti Sarah meninggal dunia pada hari isnin, 9 Ogos 2021 di Hospital Cancelor Tuanku Mukhriz (HCTM) UKM selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan itu
Siti Sarah Berkongsi Cerita Sebelum Meninggal Dunia
Baru-baru ini, di tiktok milik @marbellanne11 beliau berkongsikan satu video lama, di mana di dalam video tersebut memaparkan Allahyarhamah Siti Sarah menceritakan bagaimana rasanya bila diserang Anxiety.
“Rasa nak matilah, macam malaikat dah duduk sebelah dah, ok masa aku dah sampai’-kata Siti Sarah
@marbellanne_
Pada bahagian komen pula, netizen berkongsikan benda sama yang terjadi kepada ahli keluarga mereka, di mana mereka menceritakan perasaan ingin meninggal dunia dan beberapa hari kemudian mereka meninggal dunia. Keadaan itu sama seperti yang diceritakan oleh Allahyarhamah Siti Sarah ini.
“Betul, macam arwah ayah sis, dia boleh tahu bila dia akan pergi .. siap bagitahu waktu bila allah akan ambik dia.. betul 5 beradik sis sorang je tahu”-kata mereka
“Macam adik ipar saya, dia sakit dan bercerita mimpi macam mana dia meninggal, dan benar sekali apa yang mimpi tu”-ujar mereka
“Macam ayah saya dah tahu hidup tak lama.. semua orang yang dia jumpa akan minta maaf.. alhamdulillah masa kebumikan dia cuaca redup dari pagi hingga petang”-tambah mereka
Apa-apa pun, semua yang terjadi adalah kententuan dari illahi, tidak semua akan merasai tanda-tanda begitu. Apa yang boleh kita buat hanyalah persediaan untuk menghadapi hari tersebut.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.