Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Anak Sulung Shuib Pakai Baju Tak Sedondon Ketika Majlis Bertunang, Rupanya Warna Merah Kesukaan Arwah Siti Sarah

by Puteri Alia
May 8, 2023
1.5k
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelawak dan penyampai radio Shuib memanjatkan rasa syukur atas majlis pertunangannya bersama usahawan Watie Hanafiah yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Kata Shuib, atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, dia turut tersentuh melihat kedua-dua belah keluarga bakal disatukan tidak lama lagi.

Khabar gembira itu sudah semestinya mengejutkan para peminatnya malah, mereka sudah tidak sabar menantikan hari bahagia pasangan tersebut yang bakal disatukan pada 23 Jun kelak.

Namun begitu, disebalik majlis pertunangan yang telah berlangsung beberapa hari lalu, ramai yang tertanya-tanya mengapa anak sulung Shuib iaitu Uwais Alqarani tidak berpakaian warna sedondon dengan ahli keluarga yang lain.

Menjengah ke ruangan komen, ada pula beberapa andaian yang mengatakan Uwais memakai baju warna kegemaran arwah ibunya iaitu Siti Sarah.

Bagaimanapun, Shuib tampil memberi penjelasan susulan isu tersebut ketika membuat siaran langsung bersama pengikutnya, baru-baru ini.

Jelas Shuib, sebenarnya alasan anak sulungnya itu tidak memakai baju mengikut tema disebabkan tidak muat selepas dua minggu berhari raya.

“Ramai orang tanya saya, kenapa gambar tunang saya itu Uwais dia seorang sahaja pakai baju warna merah. Betul, kenapa dia baju tak sama dengan kita orang.

“Semua orang tengah tanya saya ni, kenapa baju Uwais tak sama? Kenapa Uwais tak pakai baju yang tak sedondon. Cuba korang teka dahulu kenapa.

“Kenapa baju Uwais tak sedondon dengan kitaorang sebabnya tak muat baju dia. Saya dah buatkan dah, kan raya dua minggu je kan. Masuk buntut pun tak muat dah, pakai seluar pun tak muat,” ujarnya.

Pendedahan yang dilakukan oleh Shuib secara tidak langsung menepis dakwaan netizen sebelum ini yang mendakwa Uwais memakai penampilan serba merah disebabkan mengenang arwah ibunya, Siti Sarah.

"Maaf Tak Menjaga Kamu Dengan Baik" – Watie Hanifiah Namakan Zuriat Pertamanya Bintang

Luah Shuib, dalam kehidupan kita tidak mampu menjangkakan apa yang Allah aturkan.

“Apa yang boleh diharapkan adalah doa daripada semua orang. Sebab kita menjalani apa yang Allah tulis.”

“Harap doa daripada semua orang boleh menguatkan untuk kita menuju ke arah yang lebih baik. Tak ada orang nak kehidupan tak best. Semua orang harapkan kebahagiaan. Harap doalah baik-baik untuk saya sekeluarga,” kata Shuib.

Sekadar info, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama arwah Siti Sarah dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarani, Dzahira Talita, Ariq Martin dan Ayash Affan.

What’s your Reaction?
+1
9
+1
2
+1
0
+1
1
+1
2
+1
5
shuib
https://lomp.at/vtef2
Share582Tweet364SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem