Monday, June 30, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Mizz Nina Terlihat Bahagia Bela Anak Angkat, Noh Pula Kecapi Cinta Dengan Bakal Isteri Peguam

by Puteri Alia
May 9, 2023
180
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada 4 Ogos 2022, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pengumuman perceraian antara pasangan selebriti Mizz Nina dan bekas suaminya, Noh Salleh.

Menerusi pengumuman yang dilakukan di Instagram, Nina dan Noh masing-masing mengakui bersetuju untuk berpisah selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga bersama.

Baik Nina dan Noh, kedua-duanya juga berharap agar peminat dan pengikut menghormati privasi selain terus meluncurkan doa buat mereka.

Bagaimanapun sekitar April tahun terdahulu, Noh dan Mizz Nina pernah memperkenalkan Musa sebagai anak angka mereka.

Terkini, setelah memilih penceraian sebagai salah satu perpisahan terbaik, umum sudah mengetahui bahawa vokalis Hujan, Noh Salleh bakal mengakhiri status dudanya apabila mengikat pertunangan dengan seorang peguam baru-baru ini.

Majlis yang diadakan di kediaman keluarga wanita pilihannya di Putra Heights Subang Jaya tersebut difahamkan turut menetapkan tarikh pernikahan iaitu pada 23 September ini.

Sumber terdekat yang juga kenalan ibu bapa bakal isterinya itu menyatakan ahli keluarga terdekat Noh datang dari Kuching, Sarawak membawa bersama dulang hantaran.

“Kami dimaklumkan tuan rumah mengadakan majlis pertunangan anaknya, sekali dengan rumah terbuka Syawal yang dihadiri keluarga dan kenalan terdekat.

“Ketika tiba di kediaman mereka sekitar pukul 3 petang tadi majlis pertunangan sudah selesai, tetapi Noh serta keluarganya masih
berada di sana,” kata sumber kepada Kosmo! Online.

Memetik laporan berita, wanita pilihannya itu bernama Fatin Athira Mustapa yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor

Sumber turut menjelaskan Fatin, 30, mempunyai minat terhadap muzik, sama dengan Noh, selain berkebolehan bermain gitar dan menyanyi.

Pada majlis pertunangan, Fatin memilih persalinan rona hitam, manakala Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh turut mengenakan baju Melayu warna senada.

Menjengah ke ruangan Instagram milik Mizz Nina, rata-rata peminat mendoakan selebriti ini juga mengecapi kebahagiaan dengan cara tersendiri.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
mizz ninanoh saleh
https://lomp.at/y1qvs
Share72Tweet45SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem