• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Cinta

Kalau Kena ‘Single Shaming’ Semasa Beraya, Cuba Atasinya Dengan 4 Trik Ini…

by Soph Azz
May 10, 2023
Foto - Reddit

Foto - Reddit

Share on Facebook

Siapa yang bujang (atau single), pasti rasa seperti tidak mahu berjumpa dengan tetamu dan lebih-lebih lagi saudara mara ketika musim raya ini. Mana taknya, bila bersua muka nanti mulalah ada pelbagai persoalan mengenai kehidupan kamu.

“Sudah ada kekasih ke? Bila nak kahwin? Sudah berapa kali raya tak mungkinlah masih single tanpa ada suka sesiapa?”

Tak salah nak single lama-lama, tapi bila asyik ditanya soalan yang sama memang letih nak jawab. Dan situasi ini membuatkan kamu sebenarnya terkena ‘single shaming’ tau!

Bagi yang tidak tahu ‘single shaming’ ini adalah istilah untuk mereka yang masih lagi bujang tanpa pasangan dan mereka yang sudah lama keseorangan.

Adakah kamu sedang di-single shaming? 

Istilah single shaming ini diwujudkan selepas seseorang individu sengaja atau tidak dalam cuba mengaibkan seseorang dalam konteks perhubungan.

Foto – Hello Beautiful

Single shaming ini boleh terjadi dalam beberapa situasi dan perkara. Kebiasaannya, ia akan terjadi melalui pertanyaan, komen sehinggalah lawak tentang seseorang yang masih single. Tidak kiralah sama ada rakan atau ahli keluarga mereka.

Bila kena single shaming, jangan pula sedih tapi…

Memang rasa nak marah dan mengamuk kalau kena single shaming. Tapi selepas ini kalau kamu terkena, jangan cepat melatah ye dan cuba atasi situasi ini dengan tenang seperti:

Foto – Parents Together
  • Jangan hiraukan apa yang dicakap atau ditanya oleh mereka. Malah cuba untuk tukar topik dengan cepat-cepat seperti bicarakan topik menarik seperti masakan, kecantikan, percutian dan sebagainya.
  • Jika ada yang bertanyakan tentang soal status hubungan, kamu boleh pilih untuk diam atau cuba untuk bertanyakan semula kepadanya.
  • Jangan terasa hati dan kamu patut berasa beruntung kerana tak perlu bergantung pada orang lain dan bebas untuk lakukan apa sahaja.
  • Jangan Keluarkan pernyataan yang memalukan diri sendiri dan elak daripada mengatakan tiada siapa mahukan kamu atau apa-apa yang negatif tentang diri sendiri.

Ingat ye, tak salah kalau kamu memilih untuk single tau! Semoga bermanfaat ~

bujangsingle shamingtanda-tanda singlewanita single
https://lomp.at/nbqw1
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - MStar
Fesyen

8 Lubuk Baju Raya Sekitar KL & Selangor Untuk Kamu Yang Suka Shopping Last Minute!

by Soph Azz
April 14, 2023

Walaupun tinggal lebih kurang seminggu lagi nak sambut bulan Syawal, masih ada di kalangan kita yang belum lakukan persiapan raya....

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

6 Jenis Benjolan Yang Boleh Muncul Di Sekitar Faraj, Bahaya Ke Kalau Tiba-Tiba Ada?

by Soph Azz
February 9, 2024

Pernah tak ketika kamu hendak mencuci atau tukar seluar dalam, sekitar faraj kamu seperti ada benjolan yang pelik? Kalau kamu...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

Nak Mula Makan Suplemen Blackmores? Mana Satu Sesuai Dengan Kamu?

by Soph Azz
January 26, 2023

Jangan terkejut ye, di farmasi, Watsons atau Guardian; ramai yang masih terkial-kial dan runsing untuk membeli suplemen Blackmores. Bukan apa,...

Read moreDetails
Foto - Yahoo! News
Kesihatan

Surah, Doa & Zikir Pilihan Bila Anak Susah Tidur, Yang Dewasa Pun Boleh Cuba!

by Soph Azz
December 21, 2022

Anak kerap meragam dan merengek sampaikan nak tidur pun susah, terutamanya pada waktu malam? Sebagai ibu bapa, apa yang kita...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Fesyen

Kalau Runsing Fikirkan Warna Baju-Tudung Yang Sesuai, Boleh Ikut 16 Idea Padanan Ini…

by Soph Azz
March 27, 2023

Pernah tak kamu buka almari baju dan tudung, kemudian termenung habiskan masa memikirkan warna mana yang sesuai dipadankan? Miss Murai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore