Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Bekas Ratu Cantik Dipilih Sebagai Wajah Estée Lauder Yang Baru. Inilah Rutin Dia Kekal Cantik

by Lisa Ghani
May 10, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

“Adalah penting untuk kekal asli dengan diri sendiri dan elakkan membandingkan diri kamu dengan orang lain,” kata Manushi Chhillar

Inilah beauty with brain yang kita cari. Mungkin disebabkan itu, jenama tersohor Estée Lauder memilihnya sebagai duta global sekaligus wajah jenama yang baru.

Manushi Chhillar yang merupakan pemenang Miss World 2017 menyertai Karlie Kloss, Adut Akech dan Ana de Armas menjadi wajah terbaru gergasi kecantikan Estée Lauder.

Foto – Estée Lauder

Ratu Cantik India ini sentiasa meminati kecantikan dan penjagaan kulit jadi perlantikan ini tidak mengejutkan. Dia akan mewakili kulit India menerusi kempen yang akan dikelolakan Estée Lauder nanti.

Menerusi Vogue, Manushi Chhillar berkongsi ritual kecantikan yang dilakunya bagi mendapatkan kulit yang betul-betul sihat.

“Bagi saya, kecantikan lebih daripada kedalaman kulit. Saya percaya jika kamu memberi tumpuan kepada kebahagian dalaman, kamu benar-benar berasa lebih cantik di luar.

“Ia mengenai perasaan puas dan tenang dengan diri sendiri, yang memancarkan cahaya semula jadi. Ibu saya selalu memberitahu saya bahawa kecantikan sebenar datang dari dalam, dan saya percaya itu adalah benar.

Foto – Getty

Pada Manushi Chhillar, menyertai Estée Lauder sebagai Duta Global merupakan satu kejutan yang sangat menggembirakan, memandangkan dia memang peminat Estée Lauder, terutamanya Advanced Night Repair Serum.

Tak lengkap rutin tanpa holy-grail Advanced Night Repair Serum

“Semestinya produk ikonik Advanced Night Repair Serum! Ini telah menjadi produk kegemaran saya sejak hari saya diperkenalkan dengannya. Melihatkan skop kerja saya, ia boleh memberi haru pada kulit saya. Bila merakam filem aksi, kulit mudah terdedah kepada habuk, asap dan kotoran, jadi saya sentiasa memastikan saya menggunakan serum saya.

“Ia mempunyai kebaikan 7 serum dalam 1 dan mengekalkan kulit saya terhidrat dan berseri. Saya memilikinya dalam semua saiz – satu untuk travel-kit, makeup-kit dan satu sentiasa di sisi katil saya untuk rutin malam saya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
estee lauderManushi Chhillarmiss world India
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara