Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Dunia

Lelaki Ini Berubah Sikap Selepas Tercucuk Rod Besi Di Kepala!

by Amirul Fikry
May 12, 2023
39
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada 13 September tahun 1848, Phineas Gage yang berusia 25 tahun ketika itu merupakan seorang lelaki yang peramah, sopan, sihat dan tidak suka untuk memarahi sesiapa pun. Phineas merupakan seorang pomen rel keretapi, yang bekerja dengan syarikat pemasangan rel keretapi iaitu Rutland and Burlington Railroad di New York, USA.

Hidup Seperti Biasa Selepas Tercucuk Rod Besi

Kejadian ini berlaku, ketika Phineas sedang melakukan kerja untuk memecahkan batu dengan mengunakan dinamit. Dinamit merupakan peledak tinggi yang digunakan dalam industri perlombongan, kuari, pembinaan dan pemusnahan rumah serta pembinaan rel keretapi dan banyak lagi.

Ketika itu, dinamit ditanamkan kedalam batu padat dan kemudiannya ditutup dengan pasir. Rod besi digunakan untuk memampatkan pasir, namun Phineas meletakkan rod besi tanpa pasir di dalamnya dan hentakkan rod tersebut menyebabkan berlakunya percikan api.

VIA google

Dinamit itu diaktifkan dari percikan api tersebut yang menyebabkan letupan besar berlaku. Letupan tersebut juga, menerbangkan rod besi sepanjang 1.07 meter seberat 6 kilogram, kebawah soket bebola mata dan otak Phineas secara menegak.

VIA google

John Martyn Harlow merupakan Doktor yang merawat Phineas di Hospital. Doktor Martyn menjangkakan bahawa Phineas akan mati kerana kecederaan teruk yang dialami olehnya itu. Namun, selepas sepuluh hari koma, dia hidup seperti biasa.

Meskipun tidak mati, sikap Phineas berubah 360 darjah. Beliau telah menjadi seorang yang kurang ajar, menghamburkan kata-kata luc@h dan kesat dengan kawan sekerjanya. Perangainya sangat kontra jika dibandingkan dengan yang dulu.

VIA google

Kemudian, Phineas dipecat oleh majikannya kerana sikapnya yang kurang ajar itu. Selepas itu, Phineas bekerja di kandang kuda dan kemudiannya pemandu kereta kuda. Akhirnya, Phineas sikit demi sedikit mengubah personalitinya agar menjadi lebih baik.

VIA google

Phineas juga ketika itu sering diambil kesempatan oleh pihak sirkus untuk dijadikan tarikan keajaiban dunia ketika di pertunjukkan sirkus Barnum. Akhirnya Pada 21 May tahun1890, Phineas meninggal dunia di San Francisco, Ketika berusia 37 tahun akibat epilepsi (sawan) kesan dari kecederaan 12 tahun yang lalu.

Via Google

Tengkorak Phineas, kini dipamerkan di Harvard Medical School di Cambridge Massachusetts USA.

VIA google

Apa pendapat anda mengenai kisah Phineas Gage ini?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
3
+1
0
+1
0
Phineas Gage
https://lomp.at/nm600
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem