Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Dua Bulan Terkurung Disebakan Takut, Kamal Adli Kini Mahu Berdepan Dengan Si Pemukul

by Puteri Alia
May 12, 2023
Share on Facebook

Masih dihantui trauma berdepan serangan yang nyaris membawa maut, Kamal Adli mengakui sedia ‘turun’ ke Singapura apabila dipanggil memberikan keterangan dalam perbicaraan di mahkamah.

Suami kepada pelakon Uqasha Senrose itu bersedia mengenepikan perasaan takut semata-mata mahu mendapatkan kepastian mengenai punca diperlakukan dengan kejam si penyerang terbabit.

Mahu suspek yang memukulnya diadili dan berdepan dengannya serta mendengar penjelasan kenapa melakukan semua itu.

Serangan itu mengakibatkan suami kepada Uqasha Senrose ini cedera di kepala, muka dan bawah mata

Memetik laporan berita, Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli berkata, dia masih tertanya-tanya apa punca individu terbabit berbuat demikian dan mahukan jawapan sebenar daripadanya.

“Saya memang mesra dengan semua orang selama ini. Jadi semestinya saya terkejut apabila dipukul dengan cara ini.

“Saya ada tanya kenapa saya dipukul. Namun dia hanya senyap tanpa apa-apa jawapan. Disebabkan itu saya tidak berpuas hati dan polis tidak menjelaskan secara terperinci, cuma menjelaskan ia adalah isu peribadi saja.

“Saya hanya menunggu perbicaraan nanti dan berharap dapat sesuatu yang ditunggu-tunggu. Saya mahu secara terperinci sebab apa dia pukul. Adakah memang dia sendiri yang mahu atau ada orang hantar. Saya mahu tahu semua itu,” katanya ditemui pada sidang media program Mega Spontan 2023 di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Ini juga kemunculan sulung Kamal berdepan media selepas insiden itu. Dia menghabiskan masa kira-kira dua bulan berkurung di rumah sebagai langkah berhati-hati.

Menurutnya, peristiwa itu banyak mengubah dirinya terutama apabila berada di khalayak awam.

“Saya tidak pernah rasa trauma sebelum ini, tapi bila kena baru tahu rasanya bagaimana. Saya jadi takut untuk keluar rumah dan tidak membuat apa-apa hantaran di media sosial.

“Rasanya sangat tidak seronok disebabkan saya lebih banyak duduk di rumah. Saya mudah takut apabila berhadapan dengan orang ramai.

“Pergi bazar Ramadan lalu pun saya cepat-cepat beli makanan dan segera pulang ke rumah. Bagaimanapun, saya perlu tangani perkara ini sebab masih perlu bekerja dan menjadi diri sendiri seperti dulu,” katanya.

Ditanya mengenai luahan isterinya di media sosial berkenaan beberapa pihak yang dikaitkan dalam kejadian ini, Kamal berkata, itu hanya pandangan peribadi Uqasha.

Uqasha Senrose Beri Pesanan Buat Wan Norazlin- "You’re Being Real..."

“Mungkin ketika itu fikirannya terganggu dan dia dengar cerita pelbagai pihak mengenai isu ini. Jadi dia luahkan perkara ini di media sosial,” katanya.

Kamal meluahkan rasa syukur apabila kecederaan yang dialami tidak begitu serius dan sudah boleh kembali menjalani rutin harian seperti biasa.

“Saya cuba juga hafal dialog seorang diri dan ternyata okey. Saya sangat bersyukur sebab kecederaan yang berlaku ketika itu tidak teruk.

“Doktor kata kalau kena di bahagian bawah dekat leher mungkin keadaannya lain pula. Cuma sekarang saya berdoa benda ini tak berulang lagi kepada saya dan orang lain juga.

“Saya tak nak cakap negara Singapura itu bahaya. Saya dah pergi banyak kali dan tiada berlaku apa-apa pun. Mungkin orang (artis) lain yang nak ke sana untuk program begitu kena sediakan pihak-pihak untuk jaga keselamatan mereka,” katanya.

Susulan kejadian tersebut, penyerang berusia 33 tahun itu dikenakan dakwaan di Mahkamah Negeri Singapura pada 14 Mac lalu atas tuduhan mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau mana-mana gabungan hukuman berkenaan.

kamal adliuqasha senrose
https://lomp.at/ia57u
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Luahan Anak Bongsu Abby Abadi & Norman Hakim, Netizen Sebak!-“Semua Fokus Hal Kakak Sampai Lupa…”

by Naddy Joe
April 2, 2026

Di sebalik ramai yang memberi tumpuan terhadap puteri sulung pasangan selebriti Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim iaitu Marissa...

Read moreDetails
Berita

Aisar Khaled Sekeluarga Berbuka Puasa Dengan Ria Ricis, Curi Perhatian Netizen Malaysia & Indonesia!

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian pempengaruh dan usahawan terkenal, Aisar Khaled mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik beberapa foto di media sosial, baru-baru ini. Menerusi...

Read moreDetails
Spotlight

Fauziah Nawi Cabar Diri Jadi Penagih Dadah, Sampai Pengarah Tegur Sebab ‘Lalok’

by Phic ARMAN
March 18, 2026

Kalau sebut nama Fauziah Nawi, memang tak perlu diperkenalkan lagi. Aktres senior ini sudah lama membina nama dengan lakonan penuh...

Read moreDetails
Lokal

Maria Farida Kongsi Momen Hari Lahirnya, Netizen Terpegun!-“Sentiasa Cantik..”

by Naddy Joe
March 30, 2026

Perkongsian pelakon dan model terkenal Malaysia, Datin Seri Maria Farida mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen hari lahirnya yang ke-57,...

Read moreDetails
Lokal

Abby Abadi Kesal Marissa Dicaci Isu Lafaz Cerai Luar Mahkamah, Turut Tegur Sikap Aslam-“Buat Main Anak Orang…”

by Naddy Joe
March 31, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi respon terhadap komen-komen netizen berhubung susulan isu rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania bersama pempengaruh...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara