Monday, June 23, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Bolosi 3 Pencalonan Awal ABPBH Ke 35, Ryan Bakery Bersyukur- “Kena Buat Manisfesto Lepas Ini”

by Phic ARMAN
May 13, 2023
64
KONGSIAN
Share on Facebook

Selebriti TikTok, Ryan Bakery tidak menyangka saat mengetahui namanya berjaya membolosi pencalonan awal Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, tahun ini.

Buat pertama kali tercalon dalam ABPBH, Ryan Bakery meluahkan rasa bersyukur dan menganggap ia sebagai pencetus semangat dalam menghasilkan kandungan lebih kreatif.

“Alhamdulilah, dah tercalon pun dah seronok dah. Kalau menang pun lagi lah seronok. Doa-doakan lah!”- katanya kepada Murai MY.

Bertanya bagaimana perancangan untuk mendapatkan undian, Ryan sempat berjenaka dengan memberitahu dia akan menyediakan manisfesto kepada peminatnya bermula hari ini.

“Kalau saya dah tercalon hari ini, saya dah mula buat manisfesto selepas ini”- katanya dengan nada bergurau ketika ditemui pada majlis pelancaran ABPBH 35 di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, di sini, malam ini.

Terdahulu, pemenang Anugerah Digital Content Creator Tergempak Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA 2022) itu tersenarai sebagai 20 calon yang memberi saingan dalam kategori TikTokers Popular, Video Viral Popular dan Content Creator Popular.

Ekspresi Legasi Seni

Bertemakan Ekspresi Legasi Seni, ABPBH 35 yang dilancarkan di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, iaitu stesen kereta api ikonik milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Jalan Sultan Hishamuddin di sini, mengumumkan Fellera, iaitu pengeluar produk kesihatan wanita terkemuka Jelly Ajaib Bellrossa, sebagai penaja utama.

Majlis pelancaran bertemakan ‘hipster’ dihadiri Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) merangkap Pengarang Kumpulan BH dan Penaung ABPBH 35, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Pengasas Fellera, Sharifah Khyra Muhsin.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran; Ketua Pegawai Operasi, Media Prima Omnia, Mohd Efendi Omar serta Pengurus Besar Kanan, Pengurusan Program dan Penyiaran TV3, Siti Nurlisia Mohd Naszri.

Hadir sama CEO Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin; Timbalan Pengarang Kumpulan BH, M Thillinadan dan Pengarah ABPBH 35 merangkap Pengarang Berita Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir.

Undian Dibuka

Membariskan 12 kategori di bawah Kategori Utama dan tujuh (7) Kategori Ekstra!, peminat boleh mengundi artis pilihan bagi peringkat Top 20 bermula 12 Mei 2023 sehingga 11 Jun 2023 menerusi laman web ABPBH 35 di www.abpbh.com.my. Undian boleh dilakukan sama ada secara percuma ataupun pakej langganan BH digital.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ryan bakery
https://lomp.at/89dml
Share26Tweet16SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem