Hubungan Shah Rukh Khan dan Priyanka Chopra yang disyaki menjalin hubungan sulit sentiasa menjadi perhatian dunia Bollywood.
Sudah Berkahwin
Sebelum ini, Bollywood dikejutkan dengan berita hubungan sulit suami Gauri Khan. Biarpun kedua-duanya sudah berkahwin dan bahagia dengan pasangan masing-masing, isu keakraban mereka masih kedengaran.
Menurut Intepseleb, Shah Rukh Khan dilaporkan berkahwin dengan Priyanka Chopra di Toronto.
Berkahwin Secara Rahsia
Isu ini mula dibincangkan apabila kedua-duanya bertemu di majlis Karan Johar dan hubungan mereka didakwa semakin rapat.
Terdapat khabar angin yang meluas bahawa Priyanka Chopra dan Shah Rukh Khan berkahwin secara rahsia dan perkahwinan itu dilakukan dalam Islam.
Menurut Intepseleb, majlis perkahwinan rahsia itu berlangsung pada tengah malam di Toronto pada tahun 2013. Selepas melangsungkan perkahwinan mereka, kedua-dua bintang itu pergi secara berasingan ke rumah masing-masing.
Memenuhi Hasrat Bapa
Dikatakan perkahwinan itu dilakukan kerana bapa Priyanka Chopra. Dr Ashok Chopra yang menghidap penyakit yang serius dan mahu melihat anak perempuannya berkahwin.
Ketika itulah pasangan Shah Rukh Khan dan Priyanka memutuskan untuk berkahwin dalam satu majlis rahsia.
Salman Khan Bersuara
Menurut Intepseleb, akhirnya, rakan sekerja mereka, Salman Khan bersuara. Ini dapat dilihat dalam salah satu video ketika dia duduk bersama Katrina Kaif dan menjawab soalan mengenai hubungan sulit tersebut.
Dia juga meminta maaf kepada peminatnya dan menjelaskan bahawa permohonan maaf itu dibuat bukan kerana apa yang telah lakukan tetapi kerana peminatnya adalah kawannya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.