Wednesday, June 18, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Cinta

Demisexual: Kamu Seorang Yang Susah Jatuh Cinta & Tak Tertarik Dengan Lelaki Kacak?

by Soph Azz
May 15, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Pernah tak kamu alami, berjumpa atau memiliki rakan yang suka hidup bersendirian? Dalam erti kata lain, tiada crush, tiada pasangan atau tertarik untuk sukakan sesiapa sebagai pasangannya?

Psst… Kalau ada, maksudnya mereka mungkin seorang demisexsual!

Sekiranya kamu tidak tahu, demisexual ini adalah orientasi seksual seseorang, di mana mereka hanya jatuh cinta apabila adanya ikatan emosi yang kuat. Jadi mereka ini memang tak mudah nak jatuh cinta sebenarnya.

Nak tahu macam mana nak detect seseorang itu demisexual atau pun tidak, cuba perhatikan beberapa tanda berikut;

‘Friendzone’ adalah rakan karibnya 

Kalau kamu nak tahu, kebanyakkan individu demisexual ini, mereka hanya boleh jatuh cinta dan mempunyai minat terhadap seseorang yang rapat dengannya.

Foto – Pinterest

Kebiasaannya mereka akan jatuh cinta dengan kawan rapatnya atau kenalannya di mana hubungan tersebut bukan bermula dari romantik. Disebabkan oleh itu, mereka sering kena friendzone.

Tak dinafikan memang susah nak luahkan perasaan pada kawan rapat jika keputusannya membuatkan kamu kena friendzone. Jadi mereka yang cenderung rasakan perkara tersebut, kebanyakannya memilih untuk sembunyikan perasaannya sehingga tidak merasa untuk bercinta lagi.

Cinta pandang pertama? Tiada dalam kamus hidupnya!

Jika difikir secara logik, seseorang itu boleh jatuh cinta berulang-ulang kali walaupun pada padangan pertama sahaja. Tetapi bagi golongan demisexual, ianya mustahil dan tak akan terjadi.

Foto – Pinterest

Demisexual ini bukan maksudnya kamu tak boleh jatuh cinta, tetapi mereka ini mengambil masa yang lama untuk betul-betul jatuh cinta. Jadi mereka memerlukan ikatan emosi yang kuat untuk hidupkan perasaan tersebut.

Kalau jatuh cinta, rupa paras atau fizikal bukan penyebabnya

Menariknya mereka yang demisexual ini tidak akan berhubungan dengan seseorang walaupun mereka memiliki rupa paras yang cantik atau kacak.

Foto – Pinterest

Ini tidak bermakna mereka memiliki dorongan seks yang rendah, tetapi tahap hubungan emosi mereka mempengaruhi lebih daripada tahap minat seksual.

Semoga bermanfaat!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

demiseksualdemisexualhubungan
https://lomp.at/hrxtp
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Netizen Puji Keluarga Datuk Aliff Syukri-“Walaupun Kaya Tetap Merendah Diri”

  2. 2

    [VIDEO] Datin Alyah Perjelas Isu Anak Angkat-“Dia Mahram Dengan Tok Ram”

  3. 3

    [VIDEO] ‘Me Time’ Di Salun Rambut, Wajah Jelita Tunku Aminah Disamakan Dengan Pelakon Jepun

  4. 4

    [VIDEO] Gelagat Budak Kecil Berdoa Di Kubur Undang Ketawa Ramai- “Adik Lambat Sikit Je Doa”

  5. 5

    Bella Astillah Mohon Maaf Isu Mesra Dengan Syed Saddiq-“Hanya Kerja, Bukan Cinta”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem