Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Uncategorized

Ramai Sudah Mula Demam Mahu Beli Tiket Coldplay, Caprice Harap Tiada Unsur LGBT Ketika Konsert

by Puteri Alia
May 15, 2023
51
KONGSIAN
Share on Facebook

Umum mengetahui bahawa hari demi hari demam konsert Coldplay di ibu negara, dikhabarkan bertambah hangat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terdahulu turut mengalukan kedatangan kumpulan rock popular Britain itu ke Malaysia.

Bukan sahaja perdana menteri, malah barisan peminat muzik itu turut meluahkan rasa teruja apabila berpeluang menyaksikan persembahan hebat penyanyi tersohor berkenaan.

Dalam pada kegembiraan itu, ada peminat yang meminta bantuan daripada perdana menteri agar menyediakan siaran langsung atau menawarkan potongan harga.

Rata-rata peminat dapat menjangkakan tiket konsert tersebut akan ‘laku keras’ dan dijual pada harga yang tinggi.

Bagaimanapun, masih ramai juga yang mengharapkan penganjuran konsert tersebut dibatalkan kerana risau akan pengaruh negatif.

Berbahas soal itu, penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice ada meluahkan pendapatnya bahawa dia terbuka dengan penganjuran konsert Coldplay yang bakal berlangsung November depan selagi kumpulan popular tersebut menghormati negara.

Memetik laporan media, Caprice atau nama penuhnya Ariz Ramli berpendapat kehadiran kumpulan yang popular menerusi lagu Fix You itu juga tidak akan menjadi isu besar selagi tidak menunjukkan sokongan penuh terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pada konsert mereka nanti.

“Bagi saya, tiada masalah Coldplay nak buat konsert di Kuala Lumpur selagi mereka menghormati budaya kita.

“Selagi mereka tidak mengibarkan bendera pelangi (LGBT), insya-Allah selamat,” katanya menerusi sebuah video dalam Instagram hari ini.

Selari dengan kerancakan penganjuran konsert, dia juga berharap acara-acara keagamaan juga diperbanyakkan.

“Kita juga harap acara agama di negara ini dipermudahkan termasuk isu tauliah golongan agamawan.

“Insya-Allah acara hiburan dan agama berjalan seiring. Tiada masalah pun,” ujarnya.

Menyelar kecaman segelintir pihak mengenai kemasukan kumpulan Coldplay yang memang diketahui umum menyokong LGBT, Caprice meminta orang ramai melihat semula pihak yang meluluskan konsert-konsert penyanyi antarabangsa sebelum ini.

Dakota Johnson & Chris Martin Berpisah Selepas 8 Tahun Kerana Sebab Ini?

“Kalau anda kata kerajaan sekarang dan dulu tak berguna, habis itu anda mahu siapa sebagai pemerintah Malaysia? Mahu Ayah Pin (pengasas ajaran sesat, kerajaan langit)?

“Kalau nak selamatkan umat Islam, konsert memang langsung tiada, lawan dadah, gengsterisme, buli, judi dan rasuah.

“Jika kita mahu selamatkan umat Islam, lawanlah taikun dan masukkan dahulu individu terlibat rasuah. Berani ke nak kantoikan mereka?” jelasnya.

Sejak beberapa hari lalu, penganjuran konsert Coldplay di Malaysia pada November depan menjadi perdebatan ramai pihak termasuk golongan pendakwah bebas.

Bagi mereka, Coldplay membawa pengaruh negatif terhadap masyarakat negara ini kerana kumpulan itu dikatakan menyokong budaya LGBT.

Untuk rekod, jangan dilupa juga usaha kumpulan ternama dari United Kingdom itu yang telah menaja mesin perangkap sampah sarap di sungai dikenali sebagai Interceptor 005 juga sepadan dengan inisiatif kementeriannya untuk membersihkan alam sekitar.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
coldplay
https://lomp.at/2087h
Share20Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem