Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Tak Terkira Berapa Kali Sering Diganggu Lelaki Gila Seks, Baby Shima Kali Ini Tampil Dedah Wajah Pelaku

by Puteri Alia
May 17, 2023
80
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima sekali lagi diganggu lelaki gila seks apabila menerima kiriman berupa teks berbaur lucah yang mengajaknya untuk melakukan hubungan intim.

Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli turut berkongsi nama pemilik akaun dan wajah lelaki miang itu.

“Apabila pemikiran menggunakan alat sulit, hendak tutup mulut netizen pun tidak boleh kerana ada saja benda yang tidak kena.

“Kita muat naik atau kongsi apa saja pasti tidak lari dari pemikiran yang bukan-bukan. Bukan saja saya, mana-mana akaun media sosial pun.

“Individu yang menutup aurat juga tidak terkecuali. Ramai yang berkongsi dengan saya,” katanya

Ini bukan kali pertama Shima menjadi mangsa gangguan seksual dengan menerima kiriman mesej berbaur lucah di media sosial.

Shima turut mendedahkan tangkapan skrin (screenshot) direct message (DM) daripada lelaki terbabit.

Berdasarkan mesej yang dihantar, lelaki itu bertanya bayaran deposit yang perlu dibayar untuk melakukan hubungan seks dengan Shima selama dua jam.

Shima menjelaskan, dia tidak menawarkan sebarang aktiviti sedemikian kepada mana-mana lelaki.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian Shima itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan lelaki miang tersebut serta turut meminta penyanyi itu membuat laporan polis.

Terdahulu Baby Shima juga pernah mendedahkan bahawa dia menerima ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenali namun mengambil pendekatan untuk tidak ambil pusing mengenai perkara itu.

“Saya sudah terbiasa dimarahi dan dimaki oleh segelintir masyarakat tanpa sebab, jadi saya maklum bukan semua orang menyukai kita. Jadi, saya sudah bersedia dengan kemungkinan itu

“Biarpun pernah menerima ugutan bunuh dan sebagainya, namun saya enggan terlalu ambil serius mengenai perkara itu. Jika tidak bagaimana saya hendak mencari rezeki seandainya terlalu takut kan?

“Oleh itu, saya mengambil pendekatan lebih berhati-hati jika ke mana-mana. Insya Allah, tidaklah sehingga ada yang ingin ke tahap ingin mencederakan saya,”

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Baby Shima Tuju Pada Ustazah Asma Isu Promosi Jenama Boikot?-"Payment Besar Ye, Sayang Tolak Job..."
baby shima
https://lomp.at/ouujb
Share32Tweet20SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem