Saturday, June 28, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Bagi Miss Murai, 6 Jenama Acne Patch Yang Best & Berkesan Di Malaysia!

by Soph Azz
May 18, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

77
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sahaja yang suka apabila ada jerawat tiba-tiba muncul di kulit wajahnya. Lebih-lebih lagi apabila adanya hari atau majlis yang penting. Kalau boleh rasa nak picit dan buang saja jerawat tersebut. Tetapi cara ini sebenarnya tak elok untuk keadaan kulit wajah kamu!

Sekiranya kamu seorang yang senang dinaiki jerawat secara tiba-tiba, jangan pula gelabah dan picit ye kerana Miss Murai ada jalan penyelesaiannya.

Caranya adalah dengan menggunakan acne patch. Kalau kamu nak tahu acne patch berfungsi untuk mengurangkan penampakan, mengecutkan dan padamkan jerawat.

Nak tahu jenama acne patch yang mana terbaik di Malaysia? Cepat scroll lihat di bawah!

NEXCARE Acne Patch 

Foto – Watsons

[BELI: Siang / Malam]

Acne patch yang jenis non medicated ini boleh membantu menyerap nanah dan minyak berlebihan yang terhasil daripada jerawat atau kawasan yang bermasalah. Untuk tahu ia berkesan atau tidak, perhatikan ia bertukar menjadi warna putih selepas beberapa jam ditampal.

DERMA ANGEL Acne Patch 

Foto – Watsons

[BELI: Siang / Malam / Siang & Malam]

Sanagt nipis dan hampir tak nampak di wajah jika kamu memakainya, acne patch ini membantu menyembuhkan jerawat dengan lebih cepat. Dan paling penting, ia mengurangkan risiko pembentukan parut.

COSRX Clear Fit Master Patch

Foto – Watsons / Threebs Malaysia

[BELI]

Sesuai dipakai di siang hari, acne patch ini tidak terlalu ketara penampilannya. Malah kalau kamu nak pakai ketika bermekap pun tiada masalah kerana ia melindungi kawasan jerawat daripada bertambah menjadi teruk akibat produk mekap.

COSRX Acne Pimple Master Patch 

Foto – Style Korean

[BELI]

Mengandungi 24 patches dalam satu pek, acne patch jenama Korea ini boleh mengurangkan kesan kemerahan dan keradangan akibat jerawat.

MENTHOLATUM Acnes Anti-Bacterial Acne Patch

Foto – Watsons

[BELI: Siang / Malam]

Hydrocolloid patch ini berkesan dalam menyerap minyak dan nanah yang ada dalam jerawat. Malah ia turut mengandungi minyak Calendula untuk menenangkan kulit dan tidak akan mudah tertanggal walaupun berpeluh.

SOME BY MI 30 Days Miracle Acne Clear Spot Patch 

Foto – Chicsta

[BELI]

Ada yang katakan acne patch yang ini sangat berkesan dan terbaik kerana ia boleh mengecutkan jerawat dalam masa yang singkat. Bukan itu sahaja, acne patch ini juga boleh menghalang jangkitan pada kulit wajah dan sesuai digunakan pada semua jenis kulit termasuk jenis berminyak.

Selamat mencuba!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
acne patchacne patch berkesanjenama acne patchubat jerawat
https://lomp.at/vpd5t
Share31Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem