Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] Atilia Jawab Tentang Pakai Tudung- “Saya Selesa Macam Ni”

by Zaidin Albert
May 18, 2023
2.9k
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum ini penyanyi, Salamiah Hassan,72, tampil dengan imej baharu sekali gus mengesahkan dirinya kini sudah bertudung. Namun di sebalik berita gembira ini ada yang mempersoalkan bila pula anak perempuannya Atilia Haron mengikuti jejak ibunya.

Baru-baru ini wartawan  Kiffy Razak di laman TikToknya sempat bertanya hal ini kepada Atilia. Menurut penyanyi ini, ibunya berharap dia  bertudung bila sudah bersedia tapi bukan kerana di paksa.

“Mama pun ada cakap, kenapa bertudung jadi isu. Ramai telefon dia tanya pasal bertudung, dia pun malas nak jelaskan.  Biar jelah, memang dah sampai waktunya dia nak bertudung. Tapi pasal saya ni, dia cakap biarlah bila dah bersedia, sama macam dia juga. Bila dia dah sedia nak pakai tudung, alhamdulilah dia dah pakai walaupun tiada orang paksa. Dia pun nak sama macam anak dia, tiada siapa paksa dia, nanti saya sendiri nak bersedia pakai tudung. Doa-doakanlah..”- katanya.

Walaupun dia merasa selesa dengan penampilan sekarang, pemilik nama sebenar Raja Putri Atilia Raja Haron ini, memohon doa dari peminat agar suatu masa nanti dia akan bertudung

“Insyallah, satu hari saya akan pakai tudung. Buat masa sekarang saya selesa macam ini, dengan kerja-kerja yang saya lakukan”- katanya kepada media,

@krkiffy

Dao yang baik2… Semoga dipermudahkan semuanya. Aamin? #lotsoflove #doayangbaikbaik #staysafe #kitajagakita #fyp #foryourpage

♬ original sound – KR Kiffy – KR Kiffy

Atilia yang kini menjelang usia 50 tahun merupakan seorang penerbit eksekutif, penyanyi, penulis lagu, pelakon, dan peragawati. Beliau dilahirkan di Muar, Johor pada 15 September 1974. Beliau telah melibatkan diri dalam industri muzik sejak dari kecil. Apabila beliau berumur 12 tahun, beliau telah dipilih sebagai penyanyi utama untuk iklan komersial Coca-Cola yang mewakili serantau Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia dan Singapura yang diadakan di Liverpool, England. Dua tahun selepas itu, beliau merakamkan lagu duet bersama ibunya menerusi lagu “Kadangkala” untuk dimuatkan di dalam album ibunya, Menghitung Hari.

What’s your Reaction?
+1
4
+1
1
+1
4
+1
4
+1
8
+1
17
“Kami Berbeza Tapi...” – Salamiah & Atilia Satu Pentas, Dua Jiwa, Satu Nada
atilia haron
https://lomp.at/wgc0p
Share1174Tweet734SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem