Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Kombo Penerbangan+Hotel Serendah RM170? Nah! Ini Berita Baik Dari airasia Superapp Untuk Kaki Travel

by Phic ARMAN
May 18, 2023
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Berita baik buat ‘kaki travel’ di luar sana! Anda bimbang banyak keluar duit untuk melancong? Anda boleh mendapat penjimatan yang tinggi jika menempah penerbangan AirAsia bersama penginapan hotel di airasia Superapp dengan tawaran terkini SNAP (Penerbangan + Hotel). Ya! Anda  boleh nikmati selama empat (4) minggu mulai minggu ini.

Untuk memulakan minggu pertama ini, airasia Superapp menawarkan promosi penerbangan bersama penginapan hotel di Pulau Pinang.

Memang Jimat

Dalam perkongsian di airasia Superapp, anda boleh menempah penerbangan AirAsia pergi dan balik ke Pulau Pinang dari Kuala Lumpur, Johor Bahru atau Langkawi bersama penginapan di hotel untuk 3 hari 2 malam di hotel-hotel yang terpilih seperti Hotel Brown Pulau Pinang, Hotel Wesley dan banyak lagi pada harga serendah RM170 untuk seorang.

Mudah jer! Buka aplikasi airasia Superapp di telefon bimbit anda dan klik ikon SNAP (Penerbangan + Hotel) untuk menempah kombo promosi di Pulau Pinang ini yang terhad sehingga 21 Mei 2023 dan tempoh perjalanan yang bermula dari 22 Mei sehingga 22 Ogos 2023.

Selain itu, nantikan destinasi popular dan tarikh promosi yang bakal menanti anda!

  • Bali (Tempoh Tempahan: 22 – 28 Mei 2023)
  • Langkawi (Tempoh Tempahan: 29 Mei – 4 Jun)
  • Bangkok (Tempoh Tempahan: 5 – 11 Jun)

Ketua Pegawai Komersial airasia Superapp, Tan Mai Yin, berkata,

“Di airasia Superapp, kami sentiasa memberi pelanggan kami nilai terbaik selain kemudahan. Tawaran Penerbangan + Hotel 3H/2M ke Pulau Pinang minggu ini & destinasi lain untuk minggu-minggu akan datang membolehkan pengembara menempah percutian mereka dengan mudah pada satu platform yang mudah di harga mampu milik. Salah satu cara terbaik untuk perjalanan mampu milik ialah sentiasa menempah Penerbangan + Hotel bersama-sama, dan sebagai superapp perjalanan yang berfungsi rapat dengan syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka AirAsia, kami dapat menawarkan penerbangan yang dijamin dengan harga terbaik dan pelbagai jenis rakan kongsi hotel secara langsung di seluruh rantau ini dengan harga yang berpatutan. Jadi, tidak kira jika anda melancong untuk percutian atau perniagaan, produk SNAP (Penerbangan + Hotel) kami akan sentiasa mempunyai sesuatu yang sesuai untuk anda.”

Tawaran mingguan SNAP (Penerbangan + Hotel) ini adalah hanya untuk penginapan yang terpilih sahaja dan haruslah menginap sekurang-kurangnya untuk 2 malam. Destinasi pilihan dan juga tawaran baharu yang bakal anda ketahui akan diumumkan pada setiap minggu. Jadi, dapatkan maklumat terkini sepanjang tempoh tawaran ini dengan mengikuti akaun Instagram @airasiasuperapp.

[VIDEO] AirAsia Mahu Buka Laluan Baru Ke Riyadh & Dammam? Ini Kata Tony Fernandes

Ahli airasia Superapp boleh peroleh airasia poin untuk setiap pembelian di airasia Superapp, dari penerbangan ke penginapan hotel, airasia ride, airasia food dan banyak lagi. Gunakan airasia poin anda untuk menebus penerbangan PERCUMA, penginapan hotel, dan tawaran gaya hidup dari rakan kongsi eksklusif kami.

Ikuti perkembangan terkini daripada airasia Superapp dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram/TikTok atau @airasia di Twitter/WeChat/Weibo. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Superapp anda daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
airasia
https://lomp.at/zpj2c
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem