Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Tidak Berlagak Atau Sombong Untuk Memuji, Datuk Seri Siti Nurhaliza Kagum Vokal Ernie Zakri Terlalu Mantap!

by Puteri Alia
May 18, 2023
Share on Facebook

Sukar sebenarnya bernafas sebagai penyanyi nombor satu negara seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza ini.

Pasti ada sahaja percubaan membanding-bandingkan dia dengan pemain industri muzik yang lain.

Malah jumlah kehadiran konsert, cara nyanyian penyanyi baharu dan lama serta banyak lagi isu yang menjadi perbalahan peminat di media sosial, semuanya terkait dengan nama ‘Malaysian Sweetheart’ ini.

Mengakui ada kala hadir tekanan dek perbandingan yang kerap ditularkan, Siti Nurhaliza sebenarnya mahu setiap peminat mana-mana artis untuk melihat sisi positif yang mula diraih penyanyi kesayangan mereka.

Memetik sebuah laporan media, sebaik sahaja tampil memukau di pentas Konsert Satu Suara Volume 3, ternyata ramai yang masih terngiang-ngiang persembahan mantap tiga penyanyi hebat, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jay Jay dan Ernie Zakri, Sabtu lalu.

Siti, Jay Jay dan Ernie yang berpadu suara dalam satu pentas nyata memberikan kepuasan kepada kira-kira 4,000 penonton yang hadir di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza Kuala Lumpur.

Konsert amal anjuran Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd itu turut mendapat sambutan hangat peminat tiga figura hebat itu.

Malah, Siti menerusi hantaran di Instagram (IG) memuji vokal Ernie ketika menjayakan Konsert Satu Suara Volume 3 yang berlangsung dengan penuh cemerlang itu.

“Saya kagum keperibadian Ernie dan kualiti vokal yang ada padanya, beliau mencantikkan lagi lagu saya,” luah Siti.

Dalam pada itu, pelantun lagu Wajah Kekasih itu turut mengharapkan perjalanan karier seni Ernie berkembang bukan sahaja di arena muzik tempatan, malah antarabangsa.

Dalam pada itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang lebih mesra disapa TokTi itu mengharapkan perjalanan karier seni Ernie berkembang bukan sahaja di arena muzik tempatan, malah antarabangsa.

“Doa saya Ernie terus teguh dan bersinar dalam industri muzik tempatan dan antarabangsa. Aamin,” harapnya.

Ernie ditemui selepas menjayakan persembahan meluahkan rasa teruja apabila dapat berkongsi pentas bersama Siti dan Jay Jay.

“Saya tak pasti bila lagi dapat peluang, ini adalah kenangan dalam karier saya yang baru sahaja dalam industri.

“Tak sangka dalam Konsert Satu Suara Volume 3 ini ada nama saya. Kalau ditanya soal perasaan, saya mungkin tak akan ‘move on’ sampai bila-bila dari konsert ini.

“Banyak yang dirancang dan apa yang penonton lihat adalah rezeki yang saya mampu sampaikan, Alhamdulillah,” ujar Ernie.

Menurut Ernie, dia gementar apabila berduet menyampaikan medley lagu Gundah dan Wajah Kekasih bersama Siti sehingga mendapat tepukan gemuruh penonton.

[VIDEO] Telatah Anak Ernie Zakri, Khawla Menyanyi Lagu Kemerdekaan Buatkan Netizen Teruja

Konsert Satu Suara menjadi tradisi buat Siti Nurhaliza untuk berpadu suara dengan penyanyi hebat lain atas satu pentas.

datuk seri siti nurhalizaernie zakri
https://lomp.at/655n0
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Bantuan IPT Cecah Hingga RM2,500! Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Skim Zakat MAINPP

by Ayu Kamaruddin
April 1, 2026

Berita baik buat pelajar dan ibu bapa, Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) menyediakan Skim Agihan Permulaan...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Bella Astillah Bantu Mangsa Kebakaran Di Sandakan, Netizen Puji!

by Naddy Joe
April 30, 2026

Perkongsian penyanyi, Bella Astillah mencuri perhatian netizen selepas dilihat memberikan sumbangan kepada mangsa yang terjejas akibat kebakaran di tujuh lokasi...

Read moreDetails
Berita

ASEAN Foundation Lancar ‘Scam Ready ASEAN’, Tangani Peningkatan Penipuan Dalam Talian

by Naddy Joe
April 29, 2026

ASEAN Foundation melancarkan Scam Ready ASEAN, sebuah inisiatif serantau bagi memperkukuh usaha pencegahan penipuan dalam talian di seluruh Asia Tenggara....

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Berita

Syamel Kesal ‘Hamba Cinta’ Gagal Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 40-“Dah Buat Sehabis Baik…”

by Naddy Joe
April 10, 2026

Penyanyi, Syamel meluahkan rasa hampa apabila lagunya berjudul 'Hamba Cinta' gagal tersenarai ke separuh akhir Muzik-Muzik 40 (SFMM40). Syamel atau...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  5. 5

    Percutian Mewah Noor Nabila & Kekasihnya Ameer Aiman Di Bali, Sempat Cuba Kopi Luwak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara