Thursday, June 26, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

‘Pengorbanan’ Bapa Mahu Selamatkan Anak, Shah Rukh Khan Sanggup Rasuah RM13 Juta Buang Kes Dadah

by Puteri Alia
May 22, 2023
1.1k
KONGSIAN
Share on Facebook

Keharmonian rumah tangga pelakon utama filem Kuch Kuch Hota Hai dan Kabhie Kushi Kabhi Gham itu dapat dilihat setiap kali Shah Rukh bercerita atau memuat naik kisah keluarganya di laman sosial.

Berkahwin dengan Gauri Khan pada 1991, pasangan romantik India itu dikurniakan tiga cahaya mata yang semakin dewasa

Seperti mana besarnya pengaruh ayah mereka, Aryan Khan, Suhana Khan dan Abram Khan juga kini sedang menempa kemasyhuran sebagai anak selebriti tersohor dunia.

Namun baru-baru ini nama aktor terkenal Bollywood ini, menjadi bualan di bibir peminat di India selepas dia didakwa memberikan rasuah kepada pegawai Biro Kawalan Narkotik (NCB) sebagai ganjaran menggugurkan pertuduhan kes dadah melibatkan anaknya, Aryan.

Memetik laporan portal berita, SRK dikatakan menawarkan wang berjumlah 250 juta rupee (kira-kira RM13 juta) kepada seorang pegawai bernama Sameer Wankhede.

Lebih mengejutkan, tangkap layar perbualan Sameer di aplikasi WhatsApp dipercayai bersama SRK mula tersebar di media sosial sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.

Dalam perbualan tersebut, SRK menghantar mesej panjang lebar merayu agar nama anaknya digugurkan daripada siasatan mengambil dadah ketika di atas kapal pelayaran pada Oktober 2021.

Sesetengah pengguna media sosial percaya bahawa dakwaan tersebut adalah benar berdasarkan gaya hidup mewah ditampilkan Sameer selain kerap bercuti di luar negara dipercayai menggunakan wang rasuah.

Aryan, 25, ditahan bersama tujuh rakan lain termasuk dua wanita di sebuah kapal pelayaran di pantai Mumbai pada Oktober 2021 atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

Dia bagaimanapun dibebaskan selepas 28 hari ditahan dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang bukti penglibatannya.

Kertas pertuduhan yang difailkan di mahkamah oleh agensi itu menamakan 14 tertuduh dalam kes berkaitan tetapi menggugurkan enam yang lain termasuk Aryan kerana kekurangan bukti.

[VIDEO] "Saya Shah Rukh"- Peminat Kecewa Wartawan Tak Kenal SRK Di Met Gala 2025

Pegawai dan anggota NCB menyerbu sebuah kapal persiaran pada 2 Oktober 2021 setelah dimaklumkan bahawa terdapat dadah di dalamnya.

Aryan antara beberapa orang yang ditangkap dalam kes itu dan menghabiskan masa selama hampir tiga minggu di dalam penjara sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Kes itu mendominasi tajuk utama dan perbualan di media sosial India kerana NCB mendakwa Aryan adalah penagih dadah dan juga membekalkan dadah yang diseludup.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
3
+1
1
+1
5
+1
3
+1
9

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

shah rukh khan
https://lomp.at/8zkf9
Share439Tweet274SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  3. 3

    ‘Pengorbanan’ Bapa Mahu Selamatkan Anak, Shah Rukh Khan Sanggup Rasuah RM13 Juta Buang Kes Dadah

  4. 4

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem