Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

[VIDEO] Ramai Terkejut Dengar Nyanyian Merdu Toh Puan Raghdad Lagu P. Ramlee- ‘Vokal Tone Tersendiri’

by Phic ARMAN
May 23, 2023
Share on Facebook

Di laman TikTok, ramai betul yang berkongsi aktiviti dan momen-momen menarik yang dijalani oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib. Jika yang tidak kenal, beliau merupakan isteri kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

VIA Foto: TVS

Wanita kelahiran Syria ini dilihat Prihatin dan berjiwa rakyat yang disayangi oleh warga Sarawak. Sering menghadiri beberapa acara rasmi, figura ini sering mendapat perhatian kerana beliau sering berpenampilan cantik dan memukau.

Baru-baru ini Raghdad bersama Tun Abdul Taib menghadiri satu majlis sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-87.

Dalam majlis itu Toh Puan Raghdad membuat penampilan istimewa menyanyikan lagu Tunggu Sekejap nyanyian asal  Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Video tersebut telah dikongsikan di laman Tiktok @rezzuandy.

@rezzuandy

Special appearance Toh Puan Hajjah Raghad Kurdi Taib. #tunggusekejap #pramlee #dirgahayu #tytsarawak #tunabdultaibmahmud #tohpuanraghadtaib #foryou @rurutaib

♬ original sound – Rezzuandy – Rezzuandy

Siapa sangka Toh Puan Raghdad memiliki bakat terpendam dalam bidang nyanyian dan sekaligus membuatkan netizen terpegun.  Di ruangan komen, ramai yang tidak menyangka Toh Puan Raghdad memilki tone suara tersendiri.

“boleh tahan juak puan raghad kurdi taib,vokal tone tersendiri.”- tulis netizen

“Wahhh best juak suara toh puan”- tulis netizen yang lain.

Sehingga artikel ini ditulis, video ini telah mencapai  44 ribu tontonan di TikTok dan rata-rata memuji nyanyian merdu Toh Puan Raghdad.Sekadar info, Toh Puan Raghad dilahirkan di Damsyik, Syria pada 15 Januari 1980. Toh Puan Raghad mendirikan rumah tangga dengan Tun Abdul Taib di usia 30 tahun pada 18 Disember 2010. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan kali kedua Tun Abdul Taib selepas isteri pertamanya, Laila Taib meninggal dunia pada 2009.

Toh Puan Raghad menubuhkan sebuah yayasan, Ragad Foundation bagi menyalurkan sumbangan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Sarawak, dan pembangunan pendidikan golongan luar bandar.


Error happened.
Toh Puan Raghdad
https://lomp.at/on808
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara