Thursday, June 26, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Pernah Kecoh Dakwaan Miliki Anak Luar Nikah, Bekas Isteri Tegar Septian Kini Kahwin Kali Kedua Di Hotel Mewah

by Puteri Alia
May 23, 2023
85
KONGSIAN
Share on Facebook

Membina mahligai perkahwinan yang berkekalan semestinya impian setiap manusia.

Bagaimanapun, kegagalan dalam rumah tangga bukan noktah untuk terus mencari cinta sejati.

Ramai yang berkahwin beberapa kali demi memperoleh bahagia yang diimpikan. Ia bukan lagi stigma negatif dalam masyarakat kerana sesiapapun berhak mengejar cinta sejati mereka.

Bekas isteri kepada penyanyi, Tegar Septian iaitu Sarah Sheilka melangsungkan perkahwinannya dengan seorang lelaki dikenali sebagai Andi di sebuah hotel mewah pada Ahad lalu.

Belum genap setahun dari perceraiannya bersama penyanyi popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang itu, dia sudah memulakan kehidupan bersama pasangan baharu.

Sarah berkongsi gambar bersama suami barunya di akaun Instagram. Pasangan itu turut mendapat reaksi positif daripada peminat yang mengucapkan tahniah atas perkahwinannya itu.

Malahan peminatnya berharap supaya hubungan kali ini akan terus berkekalan.

Sebelum ini, Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama Tegar pada Mac 2020 namun memilih untuk berpisah Jun tahun lalu.

Dilaporkan punca perceraian yang berlaku antara mereka adalah kerana masalah kewangan serta kecurangan yang dilakukan oleh bekas suaminya.

Terdahulu Tegar mendakwa anak hasil perkahwinan dengan bekas isterinya, Sarah Sheilka bukan darah dagingnya.

Jelasnya, perkara menyedihkan itu hanya terbongkar selepas bercerai dengan Sarah pada Jun tahun lalu.

“Baru saya tahu sebelum ini sudah ditipu. Betul, dia hamil sebelum kami nikah,” katanya menjawab soalan peminat di aplikasi TikTok.

Sebelum ini, Tegar mengambil keputusan bernikah dengan Sarah apabila mendapat tahu wanita itu hamil selepas mereka menjalin hubungan bersama.

Hasil daripada perkahwinan bersama Tegar, Sarah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Abidzar Oktaviano Putra Septian.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

tegar septian
https://lomp.at/z7klb
Share34Tweet21SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  3. 3

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  4. 4

    Pernah Kecoh Dakwaan Miliki Anak Luar Nikah, Bekas Isteri Tegar Septian Kini Kahwin Kali Kedua Di Hotel Mewah

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem