Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Menyebut Kalimat Bismilillah Ketika Melawat Tokong, Cik B Nafi Wanita Yang Didakwa Murtad Ini Adalah Dato Seri Vida!

by Puteri Alia
May 30, 2023
Share on Facebook

Sebagai seorang Muslim yang telah memahat janji dengan penuh keyakinan dalam ungkapan syahadah, menjadi suatu kewajipan untuk terus beristiqamah dalam memelihara segala tuntutannya.

Dengan itu, seseorang akan tetap dianggap sebagai Muslim selagi mana tidak terjebak ke dalam apa jua bentuk kekufuran.

Justeru itu, menjadi tanggungjawab setiap individu Muslim untuk mengetahui batas-batas antara iman dan kufur sebagaimana yang dijelaskan dalam nas-nas syarak.

Oleh yang demikian, isu berkenaan had batas penghormatan kepada agama lain di dalam rumah ibadat merupakan isu yang selalu diutarakan.

Umum mengetahui bahawa perpaduan dan saling hormat-menghormati menjadikan  sesebuah negara itu aman dan damai.

Keadaan ini dapat dikukuhkan lagi dengan berlakunya toleransi yang baik diantara agama kerana ia merupakan elemen yang amat sensitif bahkan dianggap sebagai maruah bagi sesebuah bangsa.

Jika timbul isu yang berkaitan agama, maka ia perlu ditangani secara bijaksana supaya tidak ada persengketaan yang berlaku.

Bahkan Islam mengajar umatnya untuk saling hormat-menghormati di antara satu sama lain walaupun berbeza dari segi agama.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular sebuah video berkenaan seorang figura yang didakwa beragama Islam telah berpakaian persis seperti Tok Sami Budha namun menyebut dengan jelas kalimat Bismillah dalam setiap langkahnya ketika melawat Tokong di Nepal.

Apa yang lebih menarik perhatian warganet apabila wajah wanita berkenaan disamakan dengan pengusaha kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju bahawa wanita berkenaan memiliki paras rupa seakan-akan Datuk Seri Vida sehingga ada yang mula berasa tidak senang.

Namun begitu, anak kepada pengusaha kosmetik itu, Cik B tampil memuat naik video di laman TikTok menafikan bahawa wanita berkenaan bukanlah ibunya.

[VIDEO] Dato Seri Vida Sebak Lihat Langit Tertulis Kalimah Allah-"Tu Rumah Wakaf..."

dato seri vida
https://lomp.at/hxvt7
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Viral

Bekas Cheerleader Dikenakan Hukuman Selepas Buang Bayi Dalam Tong Sampah

by Nurul A.
March 17, 2026

Seorang bekas cheerleader menghadapi pertuduhan berat selepas bayi yang baru dilahirkan ditemui meninggal dunia di dalam almari bilik tidurnya. Wanita...

Read moreDetails
Video - @tataygold (TikTok)
Viral

[VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

by Nurul A.
April 9, 2026

Di platform TikTok dan Threads, tular sebuah video yang memaparkan seorang bapa yang sedang menikmati pencuci mulut popular, Dubai Chewy...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  4. 4

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara