Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Gara-gara Teruk Difitnah, Aqil Zulkiflee Akhirnya Menang Saman

by Phic ARMAN
June 1, 2023
Share on Facebook

Pempengaruh dan Youtuber terkenal, Aqil Zulkiflee telah memenangi tuntutan saman fitnahya terhadap defendan, Siti Solehah Mohamed Ali yang telah memfitnahnya sebelum ini. Keputusan itu dibuat oleh hakim di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, sebentar tadi.

Dalam notis beliau, Aqil selaku plaintif, telah menuntut RM1 juta gantirugi, menuntut agar mahkamah memberikan injunksi untuk menghentikan defendan menyebarkan pembohongan, ganti rugi keterlaluan atau ganti rugi teladan, jumlah kerugian am ditaksirkan mahkamah, gantirugi spesifik, permohonan maaf, kos tindakan dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Saman fitnah tersebut difailkan Aqil, terhadap defendan yang menggunakan nama ‘Auntie Soleha’ di aplikasi Facebook, pada 14 Februari tahun lalu atas dakwaan menerbitkan kenyataan-kenyataan fitnah berkaitan karakter dan keperibadian Aqil yang disiarkan oleh saluran media sosial Tik Tok, You Tube dan Facebook.

View this post on Instagram

A post shared by AQIL ZULKIFLEE ? (@aqilzulkiflee)

Peguam Aqil, Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors di Shah Alam, berkata objektif utama anak guam mengambil keputusan untuk menyaman defendan adalah untuk menjaga nama baik beliau.

“Anak guam Aqil Zulkiflee berjaya membuktikan yang perbuatan defendan, Siti Solehah, telah menyebabkan kerosakan pada reputasi beliau sebagai pempengaruh media sosial tersohor melalui kenyataan-kenyataan palsu dan plaintif telah dikecam, dihentam, dihina dan ‘dibasuh teruk’ di ruang siber. Kami gembira yang reputasi beliau telah berjaya dipulihkan melalui keputusan mahkamah hari ini.”

Aqil, selaku plaintif, mempunyai hampir 3 juta pengikut di laman media sosial You Tube, Instagram dan Twitter semasa memfailkan saman tersebut, mendakwa yang defendan, Siti Solehah melalui nama pengguna “Auntie Soleha” telah mengarang kenyataan-kenyataan yang berbaur fitnah dan diterbitkan di platform media sosial Facebook pada 24 Disember tahun lalu dan di platform Tik Tok pada 7 Januari lepas, antara lain.

Kenyataan fitnah pertama oleh defendan telah dikongsi sebanyak 173 kali dan menerima reaksi sebanyak 594 kali serta dikongsikan oleh pengguna akaun Facebook atas nama Teh Tarik Kopi O yang telah dikongsi semula sebanyak lebih 1500 kali.

Mahkamah Sesyen bersetuju dengan tuntutan Aqil bahawa apa yang ditulis oleh defendan berniat jahat dan mengjekelkan kerana kenyataan-kenyataan yang dikarang dan diterbitkan memberi gambaran amat buruk kepada pembaca dan pengguna media sosial bahawa beliau adalah seorang figura awam, penggiat maya kreatif dan usahawan yang menipu, tidak patut disokong oleh masyarakat, ingin cepat kaya dengan cara yang salah, terdesak, perasan dirinya terkenal, ingin menjadi terkenal dengan cara yang salah, hamba kepada wang dan berperangai teruk.

Pemenang trofi bagi Kategori You Tuber Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34 itu juga berjaya dalam tuntutan beliau apabila mendakwa yang kenyataan-kenyataan mencaci nama baik dan reputasi beliau masih boleh diakses sehingga kini.

Aqil Zulkiflee berkata beliau bersyukur yang nama beliau kini telah dibersihkan dan mahkamah bersetuju yang kesemua kenyataan yang dibuat adalah fitnah.

“Aqil ingin berterima kasih kepada barisan peguam saya iaitu Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors di Shah Alam yang telah membantu saya dalam kes fitnah siber ini sejak setahun setengah yang lepas. Aqil banyak mengikut kes-kes selebriti dan orang ternama lain yang diwakili oleh peguam tersebut dan mereka berjaya memenangi kes-kes saman fitnah siber. Jadi keputusan hari ini menunjukkan yang Aqil telah melakukan keputusan yang tepat apabila melantik firma guaman ini,”

“Terima kasih juga kepada pengurus krisis dan jurucakap Aqil dari firma pengurusan krisis PROPAGANDA yang memainkan peranan penting dalam memastikan reputasi Aqil dilindungi dan dipelihara sebelum, semasa dan selepas kes saman sivil ini. Melalui kepakaran mereka, semua salah tanggapan orang ramai telahpun ditangani dengan baik. Malah, Aqil sebenarnya sangat gembira kerana reputasi Aqil sebenarnya berjaya ditingkatkan melalui pengurusan krisis secara profesional semasa mengharungi kes mahkamah ini,”

“Seterusnya terima kasih kepada semua pihak berkepentingan (stakeholders) yang menyokong Aqil semasa krisis undang-undang ini.”

Aqil Zulkiflee
https://lomp.at/c41ml
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
Video - @tataygold (TikTok)
Viral

[VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

by Nurul A.
April 9, 2026

Di platform TikTok dan Threads, tular sebuah video yang memaparkan seorang bapa yang sedang menikmati pencuci mulut popular, Dubai Chewy...

Read moreDetails
Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  2. 2

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

  3. 3

    Aliff Syukri Dedah Pekerja Curi Wang Syarikat RM15K?-“Patut Tak Saya Spill Muka Dia..”

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara