Friday, June 20, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

Berangan Jadi Kajol, Trend Rambut Dan Skarf Warna-Warni Anjali Pernah Menjadi Ikutan Peminat Malaysia Suatu Ketika Dahulu

by Puteri Alia
June 2, 2023
154
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebut sahaja filem cinta berzaman yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas sudah semestinya filem Kuch Kuch Hota Hai menjadi salah satu filem kegemaran ramai yang mungkin disebut-sebut jalan ceritanya.

Mana tidaknya, filem Hindustan atau Bollywood yang telah lama bertapak dalam masyarakat Malaysia tidak dapat dinafikan telah memberi pengaruh yang cukup besar kepada rakyat Malaysia.

Siapa yang boleh lupa kisah cinta tiga segi antara Rahul lakonan Shah Rukh Khan, Tina (Rani Mukherjee) dan Anjali (Kajol) yang diadun dengan pelbagai sinematografi indah, babak-babak ikonik dan lagu-lagu merdu.

Bahkan filem Kuch Kuch Hota Hai arahan Karan Johar banyak mengajar kita erti persahabatan dan ia juga mengajar tentang erti sebenar cinta.

Filem ini bukan sahaja mendapat sambutan hangat di seluruh dunia terutamanya di Malaysia, malah ia merupakan satu filem paling ikonik pada tahun 90-an.

Jalan cerita yang mengisahkan cinta tiga segi ini diterbitkan pada 16 Oktober 1998 dibintangi Datuk Shah Rukh Khan (Rahul Khanna) , Rani Mukerji (Tina) dan Kajol (Anjali Sharma) sebagai teraju utama dan filem ini sudah mencapai dua dekad.

Mengimbas kembali filem pecah panggung ini Murai MY ingin kongsikan kepada anda beberapa fakta yang mungkin anda tidak tahu.

Tahukah anda idea asal filem itu adalah cinta antara gadis cantik, tomboy dan jejaka poyo namun ditolak. Muncul pula idea kedua tentang kehidupan seorang balu membesarkan anak, juga telah ditolak. Hingga akhirnya, kedua-dua idea itu digabungkan menjadi Kuch Kuch Hota Hai yang kita tonton sekarang.

Kuch Kuch Hota Hai menjadi antara filem terawal yang mengetengahkan kisah cinta tiga segi era moden dan konsep ‘friendzone’ yang mana generasi muda hari ini pun masih boleh kaitkan dengan kehidupan mereka.

Hampir Debut Di Filem Popular Bollywood, Aktor Ini 'Caras' Tempat Tom Cruise

Tatkala menonton filem ini, pasti ada yang terkenang kisah cinta masing-masing ketika di sekolah menengah atau ‘high school’ dahulu.

Di Malaysia, rata-rata peminat Hindustan banyak yang mengenakan baju panas atau ‘sweater’ berjenama GAP dan Polo Sport yang dipakai Rahul, serta gadis-gadis tomboy pula memotong rambut pendek dan memakai skarf seperti Anjali. Impaknya cukup hebat dan luas suatu ketika dahulu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
3
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

kajolshah rukh khan
https://lomp.at/ys8cx
Share62Tweet39SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  3. 3

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  4. 4

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  5. 5

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem