Sunday, June 29, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

[REVIEW] Konsert “ANDMESH Live In KL” Cipta Momen Intim Dan Mengharukan

by Phic ARMAN
June 5, 2023
Share on Facebook

Jika selama ini Andmesh sudah biasa dengan persembahan Indonesia, tetapi pemuda asal Pulau Alor, Nusa Tenggara Timur ini berjaya merealisasikan impiannya untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur.

Impian itu terwujud dalam konsertnya yang bertemakan ‘Cinta’ yang digelar secara megah di Plenary Hall, KLCC, Ahad (4/6/2023) malam.

Konsert tersebut anjuran syarikat penganjur acara yang semakin popular, Kharisma Music. Ya, pemiliknya juga merupakan seorang penyanyi hebat iaitu Yuka Kharisma.

Andmesh menaiki pentas pada jam sekitar 9.15 malam. Walaupun ramai yang menjangkakan Andmesh akan keluar lebih awal, namun terlebih dahulu penonton disajikan persembahan pembukaan oleh penyanyi tanahair, Aisya Retno, Daniesh Sufian dan Ardley Nicholas.

Pembukaan Yang Energetik

Andmesh muncul dengan mendendangkan lagu Ku Mau Dia dengan bermain guitar, dan ternyata tiada siapa menyangka dengan vokal mantapnya, Andmesh rupanya baru berumur 25 tahun.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Bukan sahaja lagu dari album baharunya, Andmesh turut mempersembahkan lagu-lagu yang mengharumkan namanya dalam industri muzik Indonesia, antaranya “Hanya Rindu” dan “Cinta Luar Biasa” yang mencetuskan fenomena.

Konsert itu lebih istimewa kerana iringan penuh band yang dibawa khas dari Indonesia yang dikenali dengan nama ‘Kepala Batu’, memang sangat energetik.

Penonton yang menitiskan air mata

Andmesh secara ajaib membawa kami ke dalam emosi yang ditunjukkannya ketika menyanyi di atas pentas malam itu. Malah ada di antara penonton yang menitiskan air mata apabila dihanyutkan oleh emosi yang dipancarkan Andmesh dengan begitu kuat.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Antara lagu yang menyentuh hati penonton seperti, Hanya Rindu & Luka di mana kedua-dua lagu ini seolah-olah mengambarkan perasaan rindu kedua ibubapanya yang sudah tiada.

Tidak kurang juga persembahan lagu Andai Kau Datang Kembali yang menjentik hati penonton. Ia merupakan runut lagu untuk filem Miracle in Cell No 7.

Turut hadir di konsert itu ialah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama suami. Keseluruhannya, konsert Andmesh di Kuala Lumpur memang tidak dapat dilupakan dan sangat puas hati. Tahniah Andmesh  serta band dan pihak penganjur.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Andmesh
https://lomp.at/mkgxe
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terkejut Marsha ‘Speaking English’-“Sedap Dengar Accent Dia Tu”

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem