Thursday, June 26, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Hafidz Hanya Mahu Buka Rahsia Apa Status Sebenar Hubungannya Dengan Athira Setelah Selesai Lafaz Cerai Terhadap Shuhada

by Puteri Alia
June 9, 2023
39
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam sebuah institusi keluarga, pentingnya setiap pasangan untuk mewujudkan hubungan yang harmoni, berteraskan toleransi, tolak ansur dan komunikasi yang baik.

Walau bagaimanapun, ada kalanya hubungan ini rosak disebabkan peranan ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga. Ada kalanya, nasihat dan tindakan yang diberikan orang ketiga inilah yang menghancurkan kebahagiaan institusi kekeluargaan.

Ini kerana kehadiran atau campur tangan orang ketiga tetap menjadi punca utama keruntuhan rumah tangga, meskipun terdapat 1,001 sebab lain yang mendorong perkahwinan dibubarkan.

Berbahas soal ini, baru-baru ini pelakon Hafidz Roshdi enggan mengulas lanjut mengenai status hubungannya dengan wanita bernama Athira Yuhada yang pernah dilaporkan menjadi punca pergolakan rumah tangganya bersama isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Bagaimanapun, Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi berkata, dia akan mengisytiharkan mengenai perkara itu selepas proses perceraian dengan Nurul Shuhada selesai.

“Insya-Allah, akan ada pengisytiharan untuk status hubungan bersama Athira selepas saya bercerai dengan Nurul Shuhada. Selebihnya tiada komen.

“Perkara ini masih di bawah perbicaraan mahkamah, jadi saya tidak boleh cakap apa-apa lagi,” katanya ditemui di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru, di sini, hari ini untuk sebutan semula kes dan laporan psikiatri.

Sebelum ini, Hafidz dilihat kerap menanda atau ‘tag’ Athira dalam hantarannya dalam Instagram (IG) yang memberi gambaran sudah mula terbuka untuk mendedahkan hubungan bersama wanita berkenaan.

Sementara itu, memetik laporan berita, peguam mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader menjelaskan, anak guamnya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga perbicaraan di mahkamah selesai.

“Sekarang ini perlu selesaikan kedua-dua kes di luar mahkamah. Jadi, kami tidak mahu melakukan kenyataan pramatang.

“Biarlah mahkamah putuskan sebarang keputusan terlebih dahulu, kemudian Hafidz akan buat pengumuman,” katanya.

Pagi tadi, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru hari ini dimaklumkan pihak pendakwaan bahawa Hafidz disahkan waras dan pertuduhan atasnya layak dibicarakan.

Hafidz Roshdi Terlepas! Kes Tampar Shuhada Tamat Tanpa Hukuman

Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa’ Zamri memaklumkan perkara itu pada sebutan semula kes dan laporan psikiatri, hari ini di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali yang bertindak sebagai Majistret.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Julai depan bagi sebutan semula kes.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

hafidz roshdi
https://lomp.at/4wby2
Share16Tweet10SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  3. 3

    Hafidz Hanya Mahu Buka Rahsia Apa Status Sebenar Hubungannya Dengan Athira Setelah Selesai Lafaz Cerai Terhadap Shuhada

  4. 4

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem