Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Viral

Didakwa Mahu Elak Kesesakkan Lalu Lintas, Bapa Hantar Anak Ke Sekolah Menaiki Sebuah Helikopter Di Shah Alam

by Puteri Alia
June 13, 2023
87
KONGSIAN
Share on Facebook

Kecoh di laman media sosial apabila tular sebuah video menampakkan kejadian unik dan istimewa apabila seorang bapa didakwa telah menghantar anaknya ke sekolah menggunakan sebuah helikopter.

Hal yang demikian, pihak polis telah mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian sebuah helikopter mendarat di kawasan lapang Bukit Bandaraya, Seksyen U11, Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya telah mengesan hantaran mendakwa sebuah helikopter mendarat di padang untuk menghantar seorang murid di sebuah sekolah swasta dekat Setia Eco Park, Shah Alam.

Memetik laporan berita, bagaimanapun polis akan membuat laporan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) selepas sebuah helikopter dilihat mendarat di sebuah kawasan lapang di Shah Alam, dikatakan untuk menghantar seorang kanak-kanak ke sekolah.

Ketua Polis Shah Alam Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menyerahkan kepada CAAM untuk siasat sama ada pengendali pesawat itu memiliki permit sah apabila ia mendarat di kawasan perumahan itu pada 17 April lalu.

“Kita belum terima sebarang laporan tentang kejadian itu,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, seorang penduduk berkongsi dengansebuah video memaparkan helikopter itu berlepas dari sebuah kawasan lapang berdekatan kawasan perumahan di Shah Alam itu.

Sekeping gambar menunjukkan seorang kanak-kanak berjalan meninggalkan helikopter itu dengan juruterbang berdiri di tepi pesawat.

Penduduk itu, yang minta tidak dinamakan, mendakwa kanak-kanak itu kemudian memasuki pintu belakang sebuah sekolah.

Dia mendakwa ini kali kedua sebuah helikopter mendarat di situ, namun penduduk tidak merakam kejadian pertama.

“Pada 5 Mei, saya timbulkan hal ini dengan pihak sekolah menerusi Facebook, bukan sahaja untuk mengadu tentang isu helikopter ini tetapi juga menyuarakan kebimbangan tentang ibu bapa meletak kenderaan di tepian jalan di kawasan perumahan kami,” katanya.

Penduduk itu berkata helikopter tidak lagi kelihatan sejak sekolah dimaklumkan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
helikoptershah alam
https://lomp.at/qqliu
Share35Tweet22SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem