Saturday, June 28, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Viral

[VIDEO] Peniaga Di Pusat Penjaja Jalan TAR Tak Sangka Anwar Datang Untuk Sarapan Pagi

by Phic ARMAN
June 15, 2023
650
KONGSIAN
Share on Facebook

Usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat transformasi Pusat Penjaja Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) akhirnya membuahkan hasil. Pusat Penjaja Jalan TAR yang dibina sejak 1975 ini telah berubah wajah dengan lebih teratur, selesa dan bersih.

Ia sekaligus  memberi peluang kepada penjaja berniaga di premis-premis dengan lebih bersemangat dan meningkatkan imej penjaja-penjaja berkenaan.

Sempena dengan transformasi ini, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, telah mengadakan Sesi Temu Mesra ke Pusat Penjaja Madani di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang bertujuan untuk meninjau kerja-kerja naik taraf yang telah dijalankan oleh DBKL menerusi program Lestari Niaga@Kuala Lumpur.

Lestari Niaga@Kuala Lumpur merupakan salah satu inisiatif kerajaan MADANI untuk menaiktaraf fasiliti gerai-gerai peniaga kecil dan penjaja sedia ada di Wilayah Persekutuan kepada fasiliti yang lebih kondusif dan selesa.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Peniaga Tak Sangka PM Sudi Melawat

Salah seorang peniaga yang telah berniaga disini sejak ia mula dibina, Encik Haron Hushain berkata, dia merasa terharu dengan kehadiran Anwar pada pagi ini.

“Begitu terharu sekali, selama tempat ini dibuka iaitu saya mula berniaga iaitu pada tahun 1975, baru lah hari ini Perdana Menteri Malaysia melawat tempat kami di sini. Jadi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri. Begitu juga kepada Dewan Bandaraya, yang telah berusaha menaikkan taraf pusat penjaja ini”- katanya kepada MURAI MY.

Haron menambah, dia berasa gembira dengan kerja-kerja naik taraf yang dilakukan dan ternyata jauh berbeza dari sebelumnya.

“Selepas dinaik taraf, tempat kami berniaga nampak lebih cantik lagi. Yang sebelum ini tidak ada kekurangan sangat, namun setelah dinaik taraf jadi lebih baik dan kami seronok”- tambahnya lagi.

Untuk info, di sini terdapat 20 unit gerai makanan dan minuman dengan keluasan setiap gerai ialah 6’x 8’. Kerja-kerja naik taraf ini bermula sejak Mac 2023 dan siap pada April 2023. Difahamkan kerja- kerja naik taraf yang telah dijalankan oleh DBKL seperti pengindahan fasad serta sistem lampu limpah, pertukaran dan penambahbaikan bumbung, kerja – kerja cat semula, pendawaian semula, penggantian semula kipas dan lampu di ruang guna sama serta penggantian paip-paip air yang pecah.

Kerja-kerja naik taraf dan pengindahan ini, diharap dapat memberikan keselesaan kepada penjaja untuk berniaga dan pengunjung untuk menikmati juadah dengan berkonsepkan medan selera yang lebih vibrant dan kondusif.

What’s your Reaction?
+1
3
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/azomk
Share260Tweet163SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terkejut Marsha ‘Speaking English’-“Sedap Dengar Accent Dia Tu”

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem