Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Mizz Nina Kini Sah Berkahwin Dengan Rapper Dari Amerika, Essam Muhammad

by Puteri Alia
June 15, 2023
107
KONGSIAN
Share on Facebook

Umum  mengetahui bahawa nikmat dan kelebihan kehidupan berkeluarga dari pasangan suami isteri yang memahami kewajipan berdakwah tentu saja memberi kesan yang berbeza dengan kehidupan keluarga muslim pada umumnya.

Pasangan suami isteri yang benar-benar mempunyai tujuan untuk berdakwah pastinya memahami dengan jelas dan benar tentang seruan Allah untuk melakukan aktiviti amar makruf nahi mungkar kerana sebagai hamba Allah, tidak kiralah lelaki mahupun perempuan, besar ganjarannya memikul kewajipan tersebut.

Bercakap soal itu, akhirnya media tempatan dikejutkan dengan perkhabaran baik daripada selebriti terkenal, Mizz Nina yang memaklumkan di Instagram bahawa dia kini telah selamat bernikah dan menjadi isteri kepada rapper dari Amerika iaitu, Essam Muhammad.

Menerusi kapsyen yang disertakan, pemilik nama sebenar Shazrina binti Azman memaklumkan yang majlis perkahwinan tersebut dibuat secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat sahaja.

“Saya baru-baru ini bernikah pada suku kedua tahun 2023 bersama suami tercinta Esaam Muhammad dalam majlis yang dihadiri keluarga dan teman rapat” katanya.

Ujarnya, jodoh yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T ini telah mendapat restu daripada kedua-dua keluarga memandangkan mereka mempunyai tujuan hidup yang sama.

Tambah selebriti itu lagi, resepsi untuk perkahwinan mereka juga akan diadakan di Kuala Lumpur dan masih lagi dibuat secara tertutup.

Mizz Nina turut berharap perkahwinan ini terus mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Dia turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaannya di dunia dan akhirat.

Nina mendedahkan berita gembira itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik dilaman Instagram miliknya pada Khamis.

Penyanyi itu turut memuat naik foto bersama Essam yang berpakaian serba putih dipercayai selepas majlis pernikahan mereka.

Tambahnya, dia cukup teruja dikurniakan lelaki yang berkongsi matlamat sama dalam usaha berdakwah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
mizz nina
https://lomp.at/f53r0
Share43Tweet27SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem