Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

VIDEO Suami Mizz Nina Rap Di Pentas Undang Reaksi Pelbagai Dari Netizen,- ‘Inilah Yang Orang Panggil Sefrekuensi’

by Phic ARMAN
June 16, 2023
Share on Facebook

Bak kata netizen , ‘Know Know Dah Kahwin’, itulah yang menjadi sebutan di media sosial merujuk kepada pernikahan Mizz Nina  dengan jejaka dikenali sebagai Essam Muhammad. Mizz Nina membuat kejutan berita pernikahan ini menerusi akaun Instagram peribadinya dan difahamkan majlis pernikahan dibuat secara tertutup dan dihadiri keluarga serta teman rapat.

Seperti biasa, para peminat cuba mendapatkan maklumat terperinci mengenai suami Mizz Nina ini. Rupa-rupanya, Essam merupakan seorang rapper yang aktif di Amerika Syarikat. Essam keturunan Maghribi yang berasal daripada Seattle, AS, menurut Twins of Faith Sydney.

Susulan dari dari maklumat tersebut, sebuah video menunjukkan Essam membuat persembahan Rap di pentas viral di laman TikTok. Persembahan bertenaga Essam ini telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

@tentanghidup01234

mashaAllah bukan calang2 suami mizz nina ni ya #mizznina #marriage #muslimamerican #kahwin

♬ original sound – tentanghidup – tentanghidup

“Sepadan sangat.. mizz nina upgrade level.. semoga dapat baby comel-comel”

“Ini yang dikatakan, bila Allah ambil sesuatu Dia akan gantikan yang lebih baik, YES, benar dan tepat sekali. Tahniah MizzNina & Hubby”

“jodoh yang sekufu…inshaAllah…moga kehidupan mizz nina lbh baik & dikurniakn anak-anak yang soleh & solehah…Aamiin”

“Inilah yang orang panggil sefrekuensi..Barakallah miz nina and husband.. moga kekal hingga jannah”

Ternyata ramai yang beranggapan Mizz Nina lebih serasi dengan pasangan dalam industri muzik.  Sekadar info, pada tahun 2010 beliau aktif menyanyi dengan lagi hitsnya What You Waiting For.Beliau telah bekerjasama dengan 3 penyanyi antarabangsa seperti Theo Martins menerusi lagu “Let Me C U Get It”, Colby O’ Donis (“What You Waiting For”) dan penerima Anugerah Grammy, Planet Asia (“Hope”).

Mizz Nina penyanyi bekerjasama dengan penyanyi rap Amerika Flo Rida menerusi lagu “Takeover”. Jadi tidak terkejut lah sekiranya Mizz Nina lebih selesa dan serasi dengan jejaka yang berada dalam industri muzik rap.

Apa-apa tahniah diucapkan kepada Mizz Nina dan Essam, semoga kekal hingga jannah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Essammizz nina
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara