Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

“Cuit Sikit Jangan Sentap”, RTM Siar Bual Bicara Suara Anak Muda Di TV1

by Aphit J.
June 17, 2023
Share on Facebook

“Cuit Sikit Jangan Sentap”, bual bicara santai terbaharu di RTM sudah pasti akan menghadirkan suntikan kelainan.

Isu Berkaitan Belia

Ini kerana program ini berbeza dengan bual bicara sedia ada, program ini memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan belia dan anak muda.

Memberikan inspirasi dan santapan minda buat seluruh penonton khususnya golongan belia, RTM berharap lebih ramai akan menonton dan mendapat manfaat daripada program berdurasi 60 minit yang turut menyentuh soal nilai-nilai murni dan kerohanian ini.

Menampilkan Wajah Baharu

via RTM

Disiarkan setiap Sabtu, pukul 11.05 pagi menerusi saluran TV1, Berita RTM/ Live – FB / TikTok dan Youtube, ia memaparkan kandungan isu-isu semasa golongan belia sekitar umur 16 hingga 45 tahun berkaitan informasi, gaya hidup permasalahan dan langkah-langkah penyelesaian.

Program bual bicara santai terbitan Seksyen Ehwal Semasa RTM ini menampilkan pengacara muda berbakat dan wajah baharu iaitu Irfan Syahmi Nasution, Hafez Dolson dan Syairul Islam Basmullah.

Terdapat Artis Jemputan

Di samping itu dalam setiap episod, hos bakal menemubual tetamu jemputan yang terdiri daripada pendakwah, motivator, selebriti dan anak muda yang berperanan besar dalam menyuntik inspirasi kepada orang lain.

Menariknya selain kupasan bersama tetamu di studio, tinjauan pandangan orang ramai juga turut diselitkan dalam perbincangan tersebut.

Boleh Interaksi Melalui Media Sosial

via RTM

Sesi interakif bukan sahaja bersama tetamu jemputan di studio, malah penglibatan bersama penonton seperti di media sosial TikTok, FB dan juga talian telefon turut dibuka bagi memberi ruang interaksi.

Jika terlepas untuk menyaksikannya di TV, luangkan masa menontonnya menerusi platform RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my).

Hafez DolsoIrfan Syahmi NasutionSyairul Islam Basmullah
https://lomp.at/cqdpn
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Aedy Ashraf Mohon Maaf Tak Dapat Beri Segulung Ijazah, Ibu Beri Respon!-“Kamu Sentiasa Buat Ibu Bangga..”

by Naddy Joe
May 11, 2026

Pelakon, Aedy Ashraf mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa buat ibunya sempena Hari Ibu pada 10 Mei. Mohon Maaf...

Read moreDetails
Berita

Syamel Kesal ‘Hamba Cinta’ Gagal Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 40-“Dah Buat Sehabis Baik…”

by Naddy Joe
April 10, 2026

Penyanyi, Syamel meluahkan rasa hampa apabila lagunya berjudul 'Hamba Cinta' gagal tersenarai ke separuh akhir Muzik-Muzik 40 (SFMM40). Syamel atau...

Read moreDetails
Berita

Bantuan IPT Cecah Hingga RM2,500! Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Skim Zakat MAINPP

by Ayu Kamaruddin
April 1, 2026

Berita baik buat pelajar dan ibu bapa, Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) menyediakan Skim Agihan Permulaan...

Read moreDetails
Berita

Aliff Syukri Teruja Dapat Selongkar Rumah Azrinaz Mazhar Hakim-“Bilalah Saya Nak Duduk Rumah Cantik Macam Ni..”

by Naddy Joe
April 3, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa teruja apabila melihat dekorasi kediaman bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim...

Read moreDetails
Berita

Ayda Jebat Akui Perubahan Positif Anak Selepas ‘No Screentime’-“Sekarang Nampak Beza..”

by Naddy Joe
April 15, 2026

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mengakui anak keduanya, Aali Mateen semakin berubah ke arah positif sejak dia dan suaminya, Nabil...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  4. 4

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara