Setiap kali kemunculan penyanyi yang juga juri tetap program Big Stage 2023, Aina Abdul, fesyennya yang akan menjadi perhatian dan bualan ramai di media sosial.
Aina Jadi ‘Mumia’?
Kali ini, Aina tampil dengan dres labuh dengan kemasan draping seolah-olah seperti ‘mumia’ ketika menghadiri program Big Stage minggu ke-7, baru-baru ini.
“🤍 Week 7 Bigstage!.”-kapsyen Aina di Instagram
Peminat Terpegun!
Hantaran Aina dibanjiri dengan komen peminat yang terpegun dengan penampilannya, malah ada yang berseloroh menyamakan busana Aina seperti bengkung ibu berpantang.
“She membuktikan mumia juga berhak dicintai seperti bidadari.”
“Lawanya mumia ni.”
“Tema mumia vs pocong 😂 .”
“Ni barut ibu dalam pantang versi seluruh badan 😂 .”
“Jadi mumia pun cantik.”
“Slayyy. Mumia but make it fashunn.”
“Mummy ke pocong temanya? 😂❤️ .”
“Kalau tak unik bukan Aina la kan.”
“Setiap minggu ada tema. Tadi baru tengok jadi lampu 😂.”
“Lawa Gilaaa.”
“Aina Abdul Penyanyi Malaysia Paling Cantik & Unik 2023/2024.”
Terdahulu, Aina pernah mendapat kecaman netizen selepas menggayakan kostum warna warni ‘A Wave Of Emotion’ hasil rekaan Masyadimansor. Kostum berkenaan turut mendapat kritikan pengacara dan pelakon sensasi, Azwan Haji Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang menyifatkan Aina sebagai ‘model paling hodoh di muka bumi’.
Apa komen anda dengan fesyen Aina pada minggu ke-7 Big Stage 2023? Yay or nay?.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.