Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Nasib Baik Saya Kaki Perempuan, Kalau Kaki Lelaki?”- Ismail Izzani Mengaku Lebih Bahaya Jika Nafsu Songsang

by Puteri Alia
June 19, 2023
5.3k
KONGSIAN
Share on Facebook

Ketika rakan sebaya bebas menikmati kehidupan tanpa ada lensa yang memerhatikan, sebaliknya, penyanyi berusia 23 tahun ini terpaksa hidup penuh berhati-hati.

Kehidupannya sering terpalit kontroversi, gerak-gerinya menjadi perhatian sehingga ada yang melabelkannya gemar bersosial dan paling teruk, seorang kaki perempuan.

Bagi Ismail Izzani, dia akur dengan asam garam terjun ke dalam industri hiburan. Namun begitu, tidak pernah sedikit pun terbit erti penyesalan dalam hidupnya yang memilih untuk melangkah ke dalam dunia penuh glamor dan gosip.

Kata penyanyi yang meledak popular menerusi lagu Sabar pada 2017, dia enggan peduli dengan sebarang label mahupun tanggapan sekeliling terhadapnya.

“Nasib baik kaki perempuan, kalau kaki lelaki? (sambil tertawa) Bukankah lagi bahaya?

“Saya juga ada kehidupan peribadi dan sejak tiga tahun belakangan ini saya cuba belajar menyusun keutamaan dalam hidup seperti membahagikan masa kerja, keluarga dan berdepan kontroversi.

“Saya juga manusia biasa tak lepas melakukan kesalahan. Ini bukan bermaksud saya gembira dengan apa yang saya lakukan dan saya tak cakap saya menyesal berada dalam bidang ini,” katanya

Ismail yang meniti popular selepas bergelar hero dalam drama Bukan Hanya Sekadar Cinta berkata, segala kontroversi yang timbul sebenarnya mema­tangkan dirinya untuk menjadi seorang manusia lebih baik.

Jelasnya, setiap masalah yang datang pasti mempunyai hikmah tersendiri. Sebagai anak lelaki dia juga perlu berani bertanggungjawab dengan segala perbuatannya.

“Kontroversi adalah proses pembelajaran. Bagi saya, ada masalah dalam industri ini normal. Kalau tiada apa-apa yang berlaku dalam hidup bosan juga.

“Ini adalah cabaran yang saya perlu hadapi sekarang. Jaga reputasi diri, fikirkan soal keluarga dan masa depan.

“Saya percaya sentiasa ada hikmah yang berlaku di sebaliknya. Pokok pangkal bagaimana saya berdepan dan bukan lari daripada masalah,” ujarnya.

What’s your Reaction?
+1
15
+1
3
+1
37
+1
6
+1
15
+1
71
Ismail Izzani
https://lomp.at/dzyny
Share2137Tweet1336SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem