Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Tidak Terdesak Sampai Buat Kerja Terkutuk, Baby Shima Didakwa Hanya Bertopengkan Status Penyanyi

by Puteri Alia
June 20, 2023
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang berterusan menabur fitnah menuduhnya melakukan pekerjaan terkutuk bertopengkan status penyanyi selama ini.

Shima berkata, komen-komen mengutuk secara melampau terhadapnya tidak lagi boleh dipandang ringan seolah-olahnya dirinya terbabit dalam aktiviti tidak senonoh seolah-olah terdesak untuk mencari wang dengan cara bergelek.

“Janganlah kaitkan saya dengan kerja tak elok sebab saya tak terdesak sangat sampai sanggup cari duit dengan cara seperti dituduh beberapa individu itu. Saya sebenarnya malas mahu panjangkan isu ini kerana asyik perkara sama diperkatakan, lebih-lebih lagi mengenai gelek, tetapi saya kena suarakan,” katanya.

Tegas Shima, sebagai penyanyi dangdut, dia hanya menari seperti biasa mengikut alunan dendangan dan perkara itu bukan sesuatu yang sewenang-wenangnya boleh dihina.

Mengulas mengenai isu penyebaran video tular yang memaparkan sedang bergelek sakan di kelilingi pelanggan di sebuah kelab hiburan di Selatan tanah air baru-baru ini, pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli, 27, itu berkata situasi tersebut tidak sebagai mana tohmahan netizen.

“Sudah banyak kali saya kongsi poster ‘show’ terbabit dalam Instagram iaitu sebaik pengurusan hotel menjemput saya membawakan empat lagu pada malam itu.

“Selepas habis menyanyi saya terus balik, tetapi saya tengok berita yang ‘dinaikkan’ sebuah portal seolah-olah saya buat kerja tak elok sampai saya jadi sasaran kecaman.

“Macam-macam tuduhan melampau dilemparkan. Saya sudah rujuk kepada peguam untuk tindakan lanjut serta kepada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia). Tunggu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menurut Shima lagi, itu adalah penampilan kali keduanya di lokasi berkenaan, malah sebelum itu beberapa penyanyi lain pernah menjayakan persembahan di lokasi sama.

Baby Shima Tuju Pada Ustazah Asma Isu Promosi Jenama Boikot?-"Payment Besar Ye, Sayang Tolak Job..."

Penyanyi Pura Pura Bujang itu turut berkongsi tangkap layar komen-komen netizen laman sosial yang memburukkan namanya.

“Aku rasa dia ni simpanan geng dato.

“Padahal bukan menyanyi sana, Mabuk-mabuk sana.

“Aku jadi ‘bodyguard’ empat tahun, bos aku rajin cari Baby Shima. Tak tahu buat apa,” itu antara tuduhan dilemparkan kepadanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
baby shima
https://lomp.at/s137p
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem