Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Kenapa Pula Saya Nak Beri Kepada Orang…”-Enggan Derma Baju Bilal, Neelofa Mahu Beri Kepada Bayi Kedua

by Puteri Alia
June 21, 2023
4.3k
KONGSIAN
Share on Facebook

Pakaian terpakai yang masih cantik dan boleh digunakan jika diuruskan dengan baik mampu memberi manfaat dengan diagihkan kepada golongan yang memerlukan, sekali gus mengelak pembaziran.

Jika pakaian dibuang secara tidak terkawal juga mampu mengundang kepada pencemaran alam sekitar.

Justeru dengan memberi kepada mereka yang memerlukan bukan sahaja mendapat pahala bahkan mampu menolong meringankan beban mereka yang mungkin terpaksa berlapitkan kain kotor hanya kerana tidak mampu untuk membeli pakaian baru.

“Anak kedua saya nak guna.”

Berbahas soal ini, demikian respons balas selebriti terkenal Neelofa ekoran ramai yang memintanya menderma pakaian bayi anak sulungnya, Bilal sekiranya tidak digunakan lagi.

Bukan enggan ‘menderma’ tetapi pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor, 33, menegaskan barang-barang tersebut termasuk pakaian akan digunakan semula oleh bayi keduanya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

“Saya buka semula bungkusan barangan yang Bilal guna ketika bayi.

“Ramai pula yang mesej saya meminta. Kenapa pula saya nak beri orang sedangkan mahu guna untuk anak kedua.

“Mungkin ada yang tidak tahu saya mengandung ketika ini dan sangka hanya perut buncit sahaja,” katanya menerusi InstaStory.

Neelofa juga mendedahkan dirinya menerima banyak permintaan sebegitu menerusi ruangan mesej dalam media sosial daripada sesetengah wanita yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi.

“Jangan ada pula yang mesej saya dalam media sosial, ‘saya hamil, akan melahirkan anak dua bulan lagi dan boleh beri kepada saya?’

“Ini untuk anak saya puan,” tegas pengacara program Next To Neelofa itu sekaligus membidas semua permintaan sebegitu.

Dia yang popular menerusi drama Suri Hati Mr. Pilot itu kini sarat hamil anak kedua dan difahamkan kandungannya sudah berusia lapan bulan.

Bilal Bijak Dan Boleh Hafal Al-Quran, Neelofa Akui Tiada Niat Mahu Menunjuk-Nunjuk Anaknya

Sama seperti kandungan pertama, dia dan suaminya, Haris Ismail masih kekal dengan pendirian tidak berkongsi jantina bayi mereka kepada umum.

Terdahulu, Neelofa pada Mac lalu mengesahkan hamil anak kedua selepas foto baby bumpnya tular dalam media sosial.

Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan putera sulung bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.

What’s your Reaction?
+1
32
+1
12
+1
8
+1
6
+1
9
+1
25
Bilalneelofa
https://lomp.at/r5h8f
Share1733Tweet1083SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem