• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

[REVIEW] Memang ‘Rare’! Persembahan Dimash Kudaibergen Di KL Seindah Negara Asalnya, Kazakhstan

by Phic ARMAN
June 26, 2023
Share on Facebook

Pemilik nama penuh Dinmukhamed Kanatuly Kudaibergen mungkin tidak begitu dikenali di kalangan orang ramai. Tetapi lelaki Kazakhstan berusia 29 tahun ini mempunyai kerjaya nyanyian yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Tidak lain tidak bukan kerana dia mempunyai suara yang begitu bagus.

Saya sendiri mengenali Dimash dari youtube secara tidak sengaja kerana saya juga meminati Vitas, seorang penyanyi yang paling rare kerana suaranya mempunyai nada tinggi yang sangat jarang dimiliki oleh kaum lelaki. Dan ternyata rupanya bukan Vitas seorang ini sahaja memiliki kelebihan ini.

Pukau 6,000 Penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil

Dimash telah membuatkan rakyat Kazakhstan terus berbangga kerana beliau telah memukau 6,000 penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Sabtu yang lalu.

Cari sahaja dalam youtube, ternyata Dimash telah  membuat konsert di seluruh dunia. Walaupun hanya video  fancam, tetapi kualitinya sangat bagus untuk ditonton. Pada awalnya saya terfikir, tidak mungkin Dimash akan mengadakan konsert di Malaysia ataupun mana-mana negara Asia Tenggara.

Tapi kita harus berterima kasih kepada ACO MEDIA dan Kwan’s International, dengan kerjasama Metalive World dan AMM kerana telah melakar sejarah di Malaysia. Manakan tidaknya, alat muzik rakyat Kazakhstan, serta lagu dalam bahasa Kazakhstan dan banyak bahasa lain di dunia dipersembahkan buat pertama kali di Malaysia.

Menariknya penonton dari pelbagai negara datang ke Malaysia untuk bertemu Dimash dan menikmati persembahan bertaraf dunia yang berjudul “Stranger”. Di stadium saya dapat lihat rakyat Kazakhstan telah memenuhi tempat duduk VIP di bahagian bawah sebagai tanda sokongan kepada artis kesayangan negara mereka.

24 Buah Lagu

Dalam konsert ini, Dimash banyak menyanyikan lagu yang membuatkan namanya viral di Facebook dan Youtube. Sebanyak 24 buah lagu telah dipersembahkan dengan pembukaan lagu berjudul  GOLDEN kemudian diikuti lagu ZHALYN, IF I NEVER dan OLIMPICO.  Persembahan vokal bertenaga diteruskan dengan lagu BATTLE OF MEMORY dan  AVE MARIA. 

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Dimash mampu menyanyi dengan perubahan suara daripada not terendah kepada not tertinggi dengan sempurna menerusi lagu S.O.S. Dia kelihatan santai membawakan lagu itu walaupun dalam nada tinggi sekalipun.

Menerusi lagu UNFORGETTABLE DAY, hingga yang terdengar di telinga seperti suara mikrofon yang berdenging. Benar-benar whistle voice complex yang luar biasa dari seorang Dimash. Suaranya mampu melampaui jangkauan nada soprano yang sudah sangat tinggi.

Penonton mula bersemangat menyanyi bersama menerusi lagu seterusnya berjudul  GIVE ME YOUR LOVE dan BE WITH ME.

Dimash berhenti seketika memberi laluan kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Sri Siti Nurhaliza yang membawakan lagu hitsnya “Bukan Cinta Biasa” dan “NIRMALA”.

Alangkah bagusnya jika mereka berdua menyayikan lagu duet bersama, pasti tular seluruh dunia. Bagaimanapun, Dimash dan Siti tidak dapat menyanyikan lagu duet kerana tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengadakan latihan, berikutan kematian datuk Dimash baru-baru ini.

Komposer muda Abilmansur Qudaibergen mempersembahkan karya gubahan pertamanya, mengiringi abangnya dalam lagu TOGETHER

Selepas mempersembahkan lagu-lagu yang sangat menyentuh hati dalam bahasa ibundanya, Dimash mengucapkan terima kasih kepada peminatnya atas sokongan mereka pada hari-hari sukar selepas kehilangan datuk tercinta:

“Konsert itu tidak mungkin berlaku, tetapi terima kasih kepada sokongan anda semuanya berjalan seperti sepatutnya. Ayah kami selalu berkata – jika anda memberikan kata-kata anda, jagalah, seperti lelaki sejati.”

Apa yang peminat mengagumi Dimash ialah dia sangat menyayangi keluarganya. Setiap kali mengadakan konsert di luar negara, dia selalu membawa ahli keluarga, ayah, ibu, adik-adik. Malah, konsert di Dubai, neneknya turut dibawa bersama. Sehingga kini dia masih tinggal bersama ibu bapanya di Kazakhstan.

Tanpa lelah, Dimash muncul semula dengan aksi yang lebih bertenaga menyanyikan lagu TOGETHER, FLY AWAY, ЛЕБЕДИ (LOVE OF TIRED SWANS), STRANGER, KUI (ADAI), DAIDIDAU, DURDARAS, MAHHABAT BER MAGAN dan EL AMORE EN TI.

Ternanti-nanti persembahan yang betul-betul kemuncak, Dimash membuktikannya menerusi lagu REQUIEM. Sememangnya dia layak menjadi pemilik suara terbaik didunia. Lagu AUTUMN SONG, SCREAMING dan LET IT BE menjadi persembahan penutup sebelum memperkenalkan barisan ahli muzik dan penari yang mengiringi persembahan beliau.

Ramai Peminat

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Peminatnya ramai dan bertebaran di pelbagai negara bersorak kuat di stadium. Terdapat nama khas untuk peminat di seluruh dunia iaitu DEARS. Mungkin bukan kerana dia berwajah kacak mirip oppa Korea, tetapi dia mempunyai julat vokal yang jarang dimiliki kebanyakan penyanyi. Walaupun sehingga 6 oktaf, dia mampu mencapai not tertinggi iaitu not D8 yang melebihi kekunci piano standard.

Dimash terkenal dengan teknik nyanyian yang bervariasi mulai dari head voice, mix voice, falsetto mahupun seriosa. Semua mampu dia tapau dengan sangat baik.

Suara Dimash Unik Sama Seperti Negaranya

Jika melihat pada negara asal DImash, tidak terkejut jika kita  membaca beberapa fakta mengenai Kazakhstan. Jika Dimash mendapat julukan penyanyi yang paling rare, Kazakhstan juga digelar negara yang paling unik.

Kalau anda nak tahu, Kazakhstan adalah negara terkurung daratan terbesar di dunia. Malah Kazakhstan adalah sebuah negara yang tidak bersempadan langsung dengan laut atau lautan yang luas. Namun begitu, Kazakhstan mempunyai tentera laut. Markas tentera laut ini terletak di Laut Caspian.

Fakta selanjutnya, ternyata Kazakhstan adalah antara negara yang paling ramai penduduknya di dunia yang mempunyai pelbagai etnik. Mewakili 130 warganegara tinggal di sini. Pada 2018, etnik Kazakh membentuk 67.5% daripada populasi dan etnik Rusia di Kazakhstan membentuk 19.8%.

Dalam hal ini, Kazakh adalah dua kumpulan etnik yang dominan dengan pelbagai kumpulan lain diwakili, termasuk Ukraine, Uzbekistan, Jerman, Tatar, Uyghur, Korea dan Turki.

Adakah anda mempunyai rancangan untuk bercuti di sana?

Dimash Kudaibergen
https://lomp.at/h6cq8
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Social Buzz kembali lagi dengan video yang menjadi buala hangat di laman TikTok. Penampilan YTM Tunku Sulaiman Badlishah, putera kepada...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
via AI Generated
Destinasi

Dato’ Onn Hafiz Tinjau Taman Awam Teluk Danga, Bakal Dibuka Februari 2026 – Tempat Baharu Santai di Johor Bahru

by Farah Fatihah
December 31, 2025

Kalau Johor sering jadi pilihan untuk short getaway, lepas ini satu lagi lokasi santai boleh masuk dalam senarai. Johor Bahru...

Read moreDetails
Berita

Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Naddy Joe
January 2, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan DOLLA, iaitu Sabronzo sentiasa menjadi tumpuan netizen disebabkan penampilannya yang seksi. Terkini, dia kembali mengundang...

Read moreDetails
Lokal

Chazynash Bersuara Selepas Dituduh Gagal Beri Nafkah

by Naddy Joe
January 2, 2026

Personaliti media sosial, Chazynash tampil bersuara selepas dituduh gagal memberikan nafkah dan mengabaikan tanggungjawab terhadap bekas isteri, Fatin Morat dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

  2. 2

    Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

  3. 3

    Dato’ Onn Hafiz Tinjau Taman Awam Teluk Danga, Bakal Dibuka Februari 2026 – Tempat Baharu Santai di Johor Bahru

  4. 4

    Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

  5. 5

    Chazynash Bersuara Selepas Dituduh Gagal Beri Nafkah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore