Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Honeymoon Naik Moto, Peminat Teruja Lihat Mizz Nina Dan Suami Bersederhana Namun Terlihat Lebih Bahagia

by Puteri Alia
June 26, 2023
152
KONGSIAN
Share on Facebook

Semestinya berbulan madu menjadi momen istimewa untuk pasangan yang baharu berkahwin bagi mencipta kenangan manis, selain mengeratkan kasih sayang suami isteri.

Justeru, ramai yang lebih berhati-hati dalam membuat perancangan bulan madu terbaik agar dapat menikmati sepenuhnya detik terindah tersebut tanpa kejadian-kejadian tidak diingini sehingga merosakkan mood percutian.

Bagaimanapun, baru-baru ini perkongsian aktivis keagamaan dan usahawan, Mizz Nina menaiki motosikal bersama suaminya, Essam Muhammad sekitar Rotterdam, Netherlands menarik perhatian ramai.

Apatah lagi, ramai yang melihat persamaan wajah pasangan itu dalam video yang dimuat naik oleh Mizz Nina menerusi aplikasi Instagram Story miliknya.

“Jadi, Alhamdulillah.. suami saya telah menemui motosikal miliknya. Apakah perancangan kita pada hari ini?,” kata Mizz Nina menerusi perkongsian itu.

Secara spontan, suaminya yang juga penyanyi rap itu mengajaknya untuk menaiki motosikal itu untuk bersiar-siar.

Video yang dikongsikan semula portal hiburan tempatan itu menerima maklum balas positif daripada peminat yang rata-rata mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.

Malah, ada juga yang memuji kesederhanaan Mizz Nina yang juga merupakan anak kepada orang kenamaan dengan gaya hidup minimalis itu.

Terdahulu, Mizz Nina mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Essam Muhammad dalam sebuah majlis tertutup dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Mizz Nina meluahkan rasa syukur dengan pernikahan kali kedua itu dan menganggap ia takdir terindah ditentukan oleh Allah SWT.

Malah, Mizz Nina juga berharap ikatan yang dibina akan memberikan manfaat kepada semua pihak dan dirinya dalam bersama-sama menjadi insan yang lebih baik.

Sebelum ini, Mizz Nina pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh sebelum menfailkan perceraian pada 14 Jun 2022.

Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun mengambil anak angkat bernama Musa pada April 2022.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
mizz nina
https://lomp.at/tp8nc
Share61Tweet38SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem