Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Bonda Rozita Perjelas Isu Sandar & Tidur Di Plastik Sampah-“Allah Nak Bagi Ujian..”

by Jash Lee
July 3, 2023
Share on Facebook

Siapa yang tidak kenal dengan Ibu kepada usahawan kosmetik sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Bonda Rozita Ibrahim. Bonda Rozita terkenal dengan jamu-jamunya yang berasaskan dari bahan semulajadi. Dengan minatnya itu, dia  mengubah nasib keluarganya sehingga menjadi salah satu keluarga usahawan yang berjaya di Malaysia.

Pergi Menunaikan Haji Tapi Tidur Di Tepi Jalan

Baru-baru ini, Datuk Seri Aliff Syukri membawa anak lelakinya iaitu Ammar Ahyan serta ibunya, Bonda Rozita dan mentuanya untuk bersama-sama dengannya pergi menunaikan ibadah Haji. Ibadah haji dilakukan bagi mereka yang berkemampuan bagi melengkapkan rukun islam yang disyariatkan untuk orang yang beragama islam.

Semasa menunaikan ibadah haji, Bonda Rozita memuat naik beberapa keping gambar di laman instagram miliknya. Salah satu dari gambar tersebut mendapat perhatian ramai apabila kelihatan Bonda Rozita sedang berehat dan berbaring serta bersandar di longgokkan botol air yang berada di dalam plastik sampah.

“Serius, Haji bukan macam melancong. Kita tak tahu apa Allah nak uji, apa Allah nak beri dan hikmahnya untuk memiliki Haji mabrur!, Bonda bahagia tidur diatas plastik sampah, memilih manbid gelandangan untuk merasai “jiwa” untuk memahami maksud muhasabah diri, banyak Allah kasi ilmu bersama guru Bonda”-tulis Bonda Rozita

View this post on Instagram

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim)

Namun, ada juga yang menanyakan pelbagai jenis soalan, kenapa Bonda Rozita sanggup untuk berbuat sedemikian sedangkan ada alternatif lain untuk tidak baring disitu.

Labih 10 kali saya berfikir nak meninggalkan komen kepada bonda. Kenapa kena sandar dan tidur di plastik sampah? apa yang membuatkan Bonda begitu teruja? saya tak boleh relate. Saya yang sangat susah ini pon tak akan pilih untuk baring atau sandar di polastik sampah.”-tanya mereka

“Kenapa tak sewa hotel murah kalau ye pon, bukan ke sebelum sampai hotel dah booking awal?”-tambah mereka

VIA instagram

Bonda Rozxita tidak cepat melatah dengan pertanyaan tersebut dan memilih untuk membalas komen tersebut supaya tiada salah faham yang akan berlaku.

“Saya penat panas, dah lari 5 kali. Ni je paling selamat dik menyorok dekat plastik sampah. Orang-orang kaya stay dikemah mewah itu pun kalau tak disabotaj dek orang arab . makanan ada yang xda taste macam air je tapi jangan merungut. Bonda Selesa hidup dekat Malaysia. Allah nak bagi ujian yang tak logik masuk akal. jaga hati jangan berbalah, mengamuk. rendahkan nafsu marah atau protes.”

“Plastik sampah ni bersih je, Dia ialah beg plastuik besar isi botol2 air mineral. Ni dekat melontar dik, Bonda tak reti nak explain sebab ia bukan travel kemewahan tapi travel jiwa mengenal rendah hati sebagai hamba kepada Allah”-jawab Bonda Rozita

VIA instagram
VIA instagram

Apa-apa pun, semoga yang pergi haji membawa balik kepulangan perkara yang bermakna dalam hidup serta membuang perkara-perkara negetif pada diri kita dan semoga mendapat haji yang mabrur.

Apa kata anda?

[VIDEO] Ammar Ahyan Bantu Qadejah Tercekik Mangga- "Macam Beduk Nak Azan"
Ammar Ahyanbonda rozita ibrahimdatuk aliff syukri
https://lomp.at/kl80l
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  5. 5

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara