Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Mahu Anak Lahir Zodiak Libra, Janna Nick Dan Dini Akui Merancang Mahu Timang Cahaya Mata Pertama

by Puteri Alia
July 5, 2023
37
KONGSIAN
Share on Facebook

Zodiak atau bintang 12 adalah salah satu cabang astrologi. Ia merupakan garisan yang dilalui oleh matahari dalam masa setahun. Garisan itu adalah satu garisan melengkung khayalan.

Namun begitu, zodiak seringkali dikaitkan dengan ramalan-ramalan berkaitan yang lazimnya melibatkan tilikan nasib seseorang.

Baik atau malang nasib seseorang itu biasanya diramalkan mengikut zodiak berkenaan dalam tempoh tertentu.

Berbincang soal itu, Janna Nick memaklumkan bahawa dia mengimpikan untuk melahirkan anak dengan zodiak Libra.

Jelas Janna, dia tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata, pelakon Janna Nick berkongsi jadual kerjaya seninya penuh sehingga tahun depan.

Janna bergelar isteri kepada pelakon Dini Schatzmann pada 10 Jun lalu mengakui merancang soal zuriat.

“Kita merancang, namun jujur saya cakap perjalanan kerjaya seni saya, sekarang ini jadual saya agak penuh sampai hujung tahun. Jadi ruang untuk kita ada cahaya mata itu kalau diberikan rezeki Alhamdulillah.

“Tapi seboleh-bolehnya saya nak anak saya zodiak Libra, jadi jika diikutkan pada tahun ini macam sudah tidak sempat.

“Entah kenapa saya meminati zodiak itu jadi InsyaAllah tahun depan. Itu kalau ada rezeki saya nak anak saya Libra. Apa pun kita hanya merancang saja,” katanya.

Berkongsi mengenai peralihan status, Janna mengakui masih menyesuaikan diri dengan peranan sebagai isteri.

“Masih lagi dalam fasa tengah cuba untuk menyesuaikan diri. Biasalah, sebelum ini hidup bujang. Masih kekok bila orang mengucapkan tahniah dan sebagainya, rasa malu pun ada juga.

“Saya hendak sebut suami pun rasa macam malu. Bila berada dalam industri ini saya masih lagi fokus dengan kerjaya.

“Bukan hal peribadi dan saya anggap hal rumah tangga serta keluarga dalam skop peribadi saya. Oleh itu, saya akan cuba seboleh-boleh untuk cuba asingkan peribadi dan juga kerjaya,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
[VIDEO] Gelagat Khai Bahar Suap Makanan Dekat Krew, Curi Perhatian Ramai!-"Bagusnya Dia"
Dini Schatzmannjanna nick
https://lomp.at/wnxyi
Share15Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem