Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Uncategorized

Mula Hisap Rokok Seusia 16 Tahun, Akhirnya Tom Buang Tabiat 20 tahun Merokok Sebab Alahan Hamil

by Puteri Alia
July 7, 2023
34
KONGSIAN
Share on Facebook

Merokok adalah tabiat yang boleh mengundang risiko kesihatan kepada si perokok antaranya serangan jantung dan kanser paru-paru.

Malah, data Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan merokok menjadi faktor risiko utama bagi penyakit berbahaya dan menyebabkan 10 hingga 12 peratus kematian di Malaysia.

Meskipun semua orang tahu bahawa merokok sangat berbahaya, baik untuk diri sendiri mahu pun terhadap orang lain di sekeliling mereka. Bagaimanapun, disebabkan ketagihan, perokok merasa sangat sukar untuk menghentikan tabiat merokok walaupun mereka mahu berbuat demikian.

Sebagai contoh, dua puluh tahun merokok, penyanyi Tom akhirnya akur menghentikan tabiat merokok akibat berdepan masalah alahan teruk sepanjang kehamilannya kali ini.

Berdepan alahan paling teruk sepanjang hidupnya, Tom bagaimanapun bersyukur mampu lari daripada tabiat memudaratkan kesihatan tersebut dek tidak tahan rasa loya terhadap bau asap.

“Meskipun alahan kali ini sangat teruk tetapi saya gembira kerana dapat berhenti merokok yang merupakan tabiat buruk.

“Saya hisap rokok sejak berumur 16 tahun dan akhirnya kini saya sudah seminggu tidak sentuh langsung.

“Alahan kali ini buat saya tidak boleh bau asap rokok,” katanya menerusi perkongsian dalam status Instagram, semalam.

Justeru, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 37, berharap mampu menghentikan tabiat tersebut selama-lamanya.

“Harap selepas ini insya-Allah tidak mahu sentuh rokok lagi dan kalau boleh sampai bila-bila,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Tom pernah mengalami keguguran semasa usia kandungan mencecah tiga minggu.

Situasi duka yang dilalui Tom tidak berpanjangan apabila suaminya, Fuad Rahman yang juga penyanyi mendedahkan isterinya itu kembali hamil.

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.

Menerusi dua perkahwinan terdahulu, Tom dikurniakan tiga cahaya mata berusia antara lapan hingga 15 tahun

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
https://lomp.at/joaw9
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem