Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Orang Kelantan Tidak Boleh Makan Ikan Kekacang, Betul Ke Itu Satu Sumpahan?

by Jash Lee
July 10, 2023
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

20
KONGSIAN
Share on Facebook

Betul ke orang Kelantan terkena sumpahan ikan kekacang? mari sama-sama kita lihat!

Jika di belah Perak, biasanya kita anda dengar mengenai sumpahan ikan tapah. di Sarawak pula mengenai sumpahan ikan patin. Jangan terperanjat kerana di Kelantan juga ada sumpahan yang begitu mirip.

Dikatakan segelintir orang kelantan yang terutamanya mempunyai pangkal nama Wan dan Nik tidak boleh memakan ikan kekacang. Tapi mengapakah mereka tidak boleh memakan ikan tersebut?

Ribut Melanda Laut

Iainya bermula apabila salah seorang cucu kepada Hussein bin Ali iaitu Syed Hussein Jamadil Al-Kubra yang telah berlayar ke kepulauan Melayu untuk menyebarkan dakwah islam agar lebih difahami ramai. Tidak disangka-sangka, kapal yang dinaiki oleh beliau hampir karam dek kerana dipukul ombak laut yang bergelora akibat ribut.

Pelbagai cara yang telah beliau usahakan untuk menyelamatkan diri tapi hanya sia sia. Apa yang mampu Syed Hussein buat hanyalah berdoa agar dirinya selamat dan kapal tersebut tidak karam di tengah lautan. Ketika tidak mempunyai harapan apa-apa lagi, sekumpulan ikan kekacang memberikan bantuan  dengan mengerumuni bahagian bahwa kapal Syed Hussein agar tidak tenggelam.

Berkat bantuan ikan kekacang itu, kapal Syed Hussein tidak tenggelam dan selamat mendarat di Tumpat, Kelantan. Semenjak dari peristiwa tersebut , beliau telah bersumpah untuk tidak memakan ikan kekacang malah turut melarang keturunannya yang terdiri daripada Wan dan Nik untuk memakan ikan tersebut.

Musibah Yang Melanda Jika Makan Ikan Kekacang

Bagi keturunannya yang keras kepala dan yang ingin memakan ikan tersebut, badan mereka akan dipenuhi luka dan gelembung darah yang sangat menyakitkan. Tapi ada yang beritahu, bahawa larangan itu bukanlah suatu sumpahan akan tetapi penghargaan daripada Syed Hussein kepada makhluk tuhan.

Apa kata anda?

sumpahan ikan kekacang
https://lomp.at/v4t6m
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara