Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Anak Semakin ‘Semangat’ Dengan Berat 30kg, Achey Akui Dukung Anak Punca Merana Slip Disc

by Puteri Alia
July 10, 2023
52
KONGSIAN
Share on Facebook

Usia yang semakin bertambah, membuatkan fungsi vital tubuh manusia semakin menurun.

Antara anggota yang terkesan ialah tulang belakang yang akan mula ‘menua’ lebih-lebih lagi pada umur 30-an dan ke atas.

Keadaan itu akan mendorong seseorang mengalami sakit belakang yang berpunca daripada penyakit slipped disc.

Natijahnya, pesakit akan berdepan dengan masalah pembengkakan, keterbatasan pergerakan, berkurangnya fleksibiliti hingga kadangkala boleh membuatkan mangsa lumpuh.

Jadi, amat penting untuk orang ramai peka akan kesan dan keterbatasan dalam mengangkat sesuatu yang berat bahkan semudah dengan kebiasaan ibu bapa-bapa mengangkat anak-anak kecil.

Mengetahui cara mendukung anak mengikut usia yang betul menjadi perkara penting yang perlu diketahui bagi semua ibu bapa.

Dukung adalah salah satu cara yang paling efektif yang perlu dilakukan untuk bonding, mengeratkan ikatan kasih sayang antara mama, papa dan anak.

Mendukung dengan betul mampu mengurangi risiko-risiko yang tidak diingini iaitu antaranya risiko kecederaan sendi .

Sebagai contoh, selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Batu Pahat, Johor bulan lalu, pelawak Achey mendedahkan sudah menjalani pembedahan masalah tulang rawan tergelincir atau slip disc.

Katanya, antara sebab dia menghidap masalah kesihatan tersebut adalah selalu kerana membawa beban yang berat seperti mendukung anaknya, Tiara.

“Puncanya adalah saya banyak angkat benda berat. Saya ada kedai motor dan kadang-kadang motor pelanggan saya selalu tolak naik ke kereta pacuan roda 4×4.

“Anak saya pula sekarang semakin semangat dengan berat 30 kilogram (kg). Jadi, saya selalu dukung naik sehingga tingkat tiga.

“Bukanlah mahu salahkan Tiara, tetapi memang doktor cakap itu antara salah satu punca,” ujarnya.

Achey atau nama lengkapnya Mohd. Nasir Hamzah bagaimanapun memaklumkan keadaannya semakin membaik, selain perlu menjalani rawatan fisioterapi secara berkala.

“Sekarang sudah kembali okey. Namun, setiap pagi saya harus menjalani fisioterapi sama ada berjumpa doktor atau buat sendiri di rumah.

“Saya punya tidak begitu teruk cuma membengkak sedikit, tetapi kebas setiap masa walaupun tidak buat apa-apa,” katanya.

Katanya lagi, walaupun kerap menerima tawaran melakukan babak lasak, pelantun lagu Sakit itu perlu mengurangkan aktiviti tersebut demi menjaga tulang rawannya.

“Selepas ini benda-benda lasak saya akan kurangkan untuk jaga kesihatan.

“Namun, sebagai anak seni apabila ditawarkan melakukan sesautu kelainan pasti saya mahu lakukan.

“Semua itu hanya untuk kepuasan sebagai pelakon dan mahu tunjuk kebolehan yang mampu dilakukan,” tutur ahli kumpulan Bocey itu.

Sebelum ini menurut laporan Kosmo! Online, rakan seperjuangan, Fad memaklumkan Achey dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah sakit pada bahagian belakang badan.

[VIDEO] Gelagat Anak Achey Menangis Salam Raya, Raih Perhatian!-"Suruh Minta Maaf Menjerit Pula Dia Hahaha"
What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
1
+1
1
+1
3
+1
8
achey
https://lomp.at/yyg7y
Share21Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem