Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Berat Badan Naik Disangka Hamil, Najwa Latif Nafi Sedang Berbadan Dua

by Puteri Alia
July 11, 2023
59
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Najwa Latif menafikan dirinya sedang hamil cahaya mata pertama sebaliknya semakin berisi selepas mendirikan rumah tangga.

Menjawab tenang ucapan tahniah yang diberikan kepadanya, Najwa sama sekali tidak melenting sebaliknya menjelaskan perkara itu sambil tertawa bersama suaminya, Akwa Arifin.

“Amin, walaupun tak pregnancy lagi tapi amin. Saya belum pregnant (hamil). Bukan pregnancy, salah itu… sepatutnya tahniah kak Wawa untuk perut buncit.

“Belum lagi tapi amin, doakan yang baik-baik ok,” kata Najwa.

Najwa menerusi Instastory berkongsi komen daripada peminatnya yang mengucapkan tahniah atas kehamilannya dan berharap ibu serta bayi dalam kandungan dalam keadaan sihat.

Malah penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Cinta Muka Buku itu mengharapkan semua orang mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan pasangan yang positif itu dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.

Namun, ada juga yang berharap soalan sensitif itu tidak seharusnya diajukan sebaliknya hanya menantikan perkongsian pasangan yang berkahwin jika berbadan dua.

Terdahulu, spekulasi mengenai Najwa sudah hamil mula tersebar selepas tular video dia sedang membuat persembahan dan memperlihatkan seakan-akan nampak ‘baby bump’.

Najwa mendirikan rumah tangga dengan Akwa dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di kampung halamannya, Batu Pahat, Johor, pada 11 November tahun lalu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
Najwa Latif Bawa Semangat Baru ke Kampus Bersama Gardenia
najwa latif
https://lomp.at/bct1j
Share24Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem