Sunday, June 22, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Hilang 15Kg Dalam 5 Bulan, Azah Aziz Diet Hanya Makan Ini Setiap Hari…

by Soph Azz
July 12, 2023
Foto - @azahaziz13 (IG)

Foto - @azahaziz13 (IG)

61
KONGSIAN
Share on Facebook

“Kenapa Azah Aziz makin lama makin cantik, muda dan maintain kurus walaupun sudah setengah abad usianya?”

Kalau stalk Instagram Azah, pasti kamu tak percaya yang aktres ini sudah pun memiliki tiga anak lelaki yang meningkat dewasa. Bila bergambar bersama, nampak seperti kakak dan adik pula.

Tidak nampak seperti wanita berusia 51 tahun, Azah masih lagi nampak menawan, awet muda dan ‘bergetah’ seperti wanita dalam lingkungan 30-an.

Mana taknya, dengan rutin dan diet dilakukannya, Azah dikatakan berjaya menurunkan berat sebanyak 15kg dalam masa lima bulan. Psst… Kamu nak tahu tak apa rutin dan dietnya?

Diet & rutin yang berkesan hilangkan 15kg

Kongsi Azah di Instagram, kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 15kg dalam masa lima bulan itu adalah disebabkan oleh displinnya dalam melakukan diet dan rutin harian yang sihat.

Untuk diet, Azah hanya menitikberatkan pemakanan sihat seperti pengambilan teh hijau setiap kali bersarapan. Manakalah tengah hari pula Azah akan makan dalam kuantiti yang sedikit, melebihkan protein dan sayur serta mengurangkan karbo seperti nasi.

View this post on Instagram

A post shared by Norazah Aziz (@azahaziz13)

Sekadar pengetahuan kamu, untuk nasi, Azah hanya akan makan sebanyak dua sudu sahaja bagi melapik perutnya.

“Saya masih makan nasi tetapi hanya dua sudu sahaja. Orang Melayu kalau tak dapat nasi kan. Minum air banyak, tiada pencuci mulut dan air gula. Tiada pil diet dan suplemen.”

Rutin hariannya pula, Azah akan bersenam. Antara senaman yang dilakukan olehnya adalah berlari, mendaki hingga berjalan kaki untuk mendapatkan 10 ribu langkah setiap hari.

View this post on Instagram

A post shared by Norazah Aziz (@azahaziz13)

Sebelum melakukan diet dan rutin harian yang sihat, Azah memiliki berat 63kg dan berjaya mencapai sasarannya iaitu 43kg dalam masa lima bulan sahaja.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
4

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

azah azizdiet azah aziztip kurus azah aziz
https://lomp.at/rs191
Share24Tweet15SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem