Pada tahun 2021, penyanyi cilik Angelica Petra pernah muncul dengan single pertama berjudul Selamanya yang merupakan lagu runut bunyi (OST) untuk filem Daddyku Gangster.
Kembali Setelah 2 Tahun
Setelah dua tahun Angelica kembali muncul semula dengan single kedua berjudul Detik.
Masih lagi mendapat sentuhan Mark, penyanyi itu mengakui Angelica merupakan seorang anak murid yang mempunyai potensi yang sangat besar dalam bidang nyanyian.
Dihasilkan Semasa PKP
Bercerita lebih lanjut mengenai lagu Detik, Mark menjelaskan ia dihasilkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2021, di mana ketika itu semua orang terpaksa duduk di rumah dan dilarang untuk keluar.
Lagu ini menceritakan tentang sebuah kisah persahabatan yang saling berjauhan dan timbul perasaan rindu dan apa yang ada ketika itu adalah sebuah memori dan kenangan bersama mereka.
Berhadapan Cabaran
Dalam pada itu, Mark juga mengakui terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk sesi rakaman lagu ini bersama Angelica kerana sesi rakaman dibuat semasa PKP.
Jadi Angelica sendiri terpaksa belajar dengan beberapa cara sama ada online ataupun offline untuk untuk menghasilkan lagu ini.
Untuk makluman, lagu Detik sudah dilancarkan pada 30 Jun lalu di semua platform digital streaming bersama Muzik Video di YouTube Channel D’Ayu Music.
Lebih menarik lagi, Detik juga sudah tersenarai dalam Carta Lagu Baru Nak Up di Stesen Radio Era.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.