Robert Norris (1929-2019) merupakan seorang lelaki yang paling terkenal dalam industri pengiklanan rokok Marlboro pada tahun 1955 hingga 1999.
Norris diupah oleh syarikat Marlboro untuk menjadi model koboi yang menghisap rokok dan mejalankan kampen pengiklanan rokok dikalangan orang awam. Syarikat tersebut mendapati peningkatan sebanyak 300% keuntungan penjualan rokok dengan kerjasama daripada Norris.
Terkenal Dikalangan Pelajar Sekolah
Norris dikenali ramai selepas menjadi model rokok sehinggakan, 90% kanak-kanak disekolah mengenali lelaki Marlboro berbanding figura bersejarah lain. Mereka juga menerapkan kebiasaan menghisap rokok pada usia yang sangat muda. Sekaligus ia membuktikan keberkesanan kempen itu dikalangan kanak-kanak dan orang dewasa.
Meskipun dikaitkan dengan imej lelaki koboi yang macho, kejantanan serta kegigihan bekerja dengan menghisap rokok sebenarnya Norris tidak pernah pun merokok. Rokok yang dihisap Norris dalam kempennya sebagai model Marlboro adalah rokok palsu.
Pada 1964, kesatuan pakar bedah dan perubatan mengistiharkan merokok membawa kepada kanser dan orang awam mula menyedari bahaya merokok. Norris merupakan antara model iklan rokok yang hidup panjang dari 4 model lain sebelum ini. Ramai darinya meninggal dunia dari kanser berpunca dari rokok.
Pada tahun 1999, Norris berhenti bekerjasama dengan Marlboro kerana menunjukkan gaya hidup tidak sihat kepada anak-anaknya. Akhirnya, pada 3 November 2019, Norris meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 90 tahun di rumah Penjagaan Paliatif Pikes Peak, Colorado, USA.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.