“Kim Ji-hun adalah individu yang hampir menjadi ahli ke-8 BTS, tapi mengapa dia tidak meneruskan sebagai ahli? ini jawapannya!”
Bangtan Boys atau lebih dikenali sebagai BTS mempunyai 7 orang ahli iaitu RM (Kim Namjoon), Jin (Kim Seokjin), Suga (Min Yoongi), J-Hope (Jung Hosoek), Jimin (Park Jimin), V (kim Taehyung), dan Jungkook (Jeon Jungkook).
Terdahulu Blckpink yang mempunyai ahli ke-5 namun pada saat akhir sebelum debut salah seorang ahli mereka dibuang kerana dikatakan bercinta ketika dalam latihan. Namun lain pula yang terjadi kepada ahli ke-8 BTS yang tidak dipilih semasa debut akhir. Bagi kelab peminat ARMY, pasti mereka sudah mengetahui perkara ini dengan lebih jelas dan ahli terseut adalah Kim Ji-hun. Adakah kalian juga mengetahui? mari saya beritahu sedikit sebanyak mengenai Kim Ji-hun.
Kini Kerja Kerajaan Bagi Menampung Kehidupan.
Terdahulu di Youtube Vice Versa menjadi tular apabila menyatakan bahawa Kim Ji-hun adalah ahli ke-8 kumpulan idol lelaki BTS jika tidak dibuang dari kumpulan tersebut. Dari sisi lain, Kim juga memberitahu bahawa dia masih menggangap kumpulan itu adalah comel bukannya ‘cool’ selepas 8 tahun melihat.
“Saya tidak pernah cemburu dengan duit atau betapa terkenalnya mereka, Saya juga tidak menjangkakan bahawa kumpulan itu akan menjadi sepopular ini, cuma saya emburu kerana tidak dapat luangkan masa bersama mereka lagi”-kata Kim
Kim juga mengatakan bahawa kumpulan BTS sangat hebat kerana mempunyai peminat diseluruh dunia dan tidak kira usia. Tambahnya lagi semasa 20s, ketika itu BTS mula dikenali ramai dan Kim terputus hubungan dengan mereka sehinggakan saya tidak dapat berjumpa dengan mereka dan itu membuatkan saya berasa sangat sedih.
Kin Ji-hun kini bekerja didalam aliran kerajaan dan juga kerja sebagai pekhidmatan kesihatan veteran Korea. Dia juga mempunyai youtube channel yang bernama ‘Bitoon’.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.