BAPA kepada penyanyi Siti Nordiana iaitu Alias Bin Ahmad meninggal dunia sebentar tadi. Berita pemergian bapanya itu dimaklumkan sendiri oleh Siti Nordiana yang lebih mesra dipanggil Nana menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam hantaran itu, Nana juga memohon semua yang mengenali bapanya agar mengampunkan segala dosanya.
Innalillahiwainnailaihirojiun
“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah ayahku, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai pengganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada kami sekeluarga,Tempatkan lah Allahyarham ayah ku di kalangan orang-orang yang beriman..
Mohon semua Aamin kan doa ini ..Aamin Ya Robbal Aalamiin” Tulis Nana di ruangan kapsyen”
Bagaimanapun, Nana tidak dinyatakan punca kematian bapanya.
Dalam pada itu di ruangan komen, rakan selebriti juga turut menzahirkan ucapan takziah.
“Salam takziah buat Nana sekeluarga…” – @nabilarazali
“Al fatihah. Salam takziah nana sekeluarga,” – @thisisnaqiu
“Takziah nana Al fatihah pergi hari baroqah alhamdullillah pengakhiran yg cantik” – @shieraijoy.
Semoga arwah dimasukkan dalam golongan orang yang disayangi Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah…
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.