Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Pensyarah Asyik Batal Kelas Punca Maya Karin Berhenti Tak Habis Belajar Diploma

by Puteri Alia
July 21, 2023
62
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon terkenal, Maya Karin mendedahkan antara punca dirinya berhenti dari pengajian peringkat diploma kerana pensyarah kerap membatalkan kuliah.

Menerusi hantaran di laman Twitter, Maya atau nama sebenar, Maya Karin Roelcke, 43, berkata, dia sering menerima nota menyatakan kuliah dibatalkan atas sebab pensyarah tidak dapat hadir.

“Salah satu sebab saya berhenti selepas setahun belajar di peringkat diploma kerana kerap dapat nota yang memaklumkan kelas dibatalkan disebabkan pensyarah tidak dapat hadir.

“Daripada terus membazir duit ibu bapa, saya berhenti kuliah dan buat kerja dalam bidang teater, melancong mengelilingi dunia dan kemudian masuk dalam industri hiburan,” tulisnya lagi.

Pelakon kacukan Melayu-Jerman itu turut memuatkan laporan mengenai isu tiga pelajar Sabah yang berjaya memenangi kes saman terhadap guru bahasa Inggeris mereka kerana didapati ponteng mengajar selama tujuh bulan pada 2017.

Perkongsian Maya itu turut mendapat perhatian ramai pengikutnya yang turut dan berkongsi pengalaman yang sama di mana kelas sering dibatalkan oleh pensyarah.

“Kita mempunyai pemikiran yang sama. Disebabkan, pensyarah macam ‘biskut’ saya juga buat ‘part time’ bisnes ketika belajar. Saya baru habis peringkat diploma dan sambung buat bisnes sekarang,” tulis seorang pengikut

“Pelajar bayar untuk kelas terbabit. Mungkin tidak terasa bagi yang dapat biasiswa tetapi guru atau pensyarah perlu tahu tanggung-jawab mereka,” tulis seorang lagi pengikut.

What’s your Reaction?
+1
7
+1
3
+1
1
+1
9
+1
17
+1
26
[VIDEO] Senyuman Siti Nurhaliza & Maya Karin, Curi Tumpuan Ramai!
maya karin
https://lomp.at/rjcuq
Share25Tweet16SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem