Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

IKEA Menyambut ‘20 Years Of Damansara Lah!’ Dengan Pelbagai Tawaran Dan Aktiviti Menarik Selama Sebulan

by Aphit J.
July 23, 2023
Share on Facebook

Sejarah IKEA di Malaysia bermula pada tahun 1996 dengan kedai seluas 8,000 m persegi di pusat membeli-belah 1Utama.

Tujuh tahun kemudian, IKEA berpindah ke Mutiara Damansara untuk membuka gedung pertamanya yang dikenali sebagai IKEA Damansara.

Genap 20 Tahun

Pada 14 Ogos, telah genap 20 tahun gedung ikonik itu dibuka kepada orang ramai dan IKEA Malaysia menjemput rakyat Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan sambutan ini!

Bagi menyemarakkan sambutan ulang-tahun ke-20 IKEA Damansara, satu siri aktiviti dan tawaran yang mengujakan bakal menanti para pelanggan, bermula dari 14 Julai sehingga sambutan kemuncaknya pada 20 Ogos.

Ilham Dari Kerusi MAMMUT

via IKEA Malaysia

Pelbagai aktiviti menyeronokkan di gedung yang berilhamkan kerusi MAMMUT yang digemari ramai.

Sambutan itu dibuka tirai dengan penampilan sebuah replika gergasi kerusi kanak-kanak MAMMUT.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1993, kerusi tersebut yang berilhamkan komik dan merupakan sebahagian daripada rangkaian IKEA MAMMUT untuk kanak-kanak, telah membawa kegembiraan kepada ramai keluarga.

Aktiviti Seni Dan Kraf

Setiap hari, pelbagai aktiviti seni dan kraf akan disajikan khusus untuk kanak-kanak.

Aktiviti-aktiviti ini akan diadakan di IKEA Småland setiap hujung minggu sehingga 20 Ogos dan penyertaannya adalah percuma!

Tawaran Khas Yang Berbaloi

via IKEA Malaysia

Bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahun ke-20 itu, satu siri tawaran mingguan yang menarik akan ditawarkan secara eksklusif bagi ahli IKEA Family.

Tawaran itu akan dilancarkan secara berperingkat bagi barangan terpilih sahaja di IKEA Damansara dan Cheras bermula dari 14 Julai hingga 20 Ogos.

Kemuncak Pada 20 Ogos

via IKEA Malaysia

Sambutan itu akan ditutup tirai dengan acara kemuncak di IKEA Damansara pada 20 Ogos, termasuklah persembahan muzik ‘live’ dan perkusi gendang.

30 Tahun Kenangan, 8.6 Juta Karipap– IKEA Malaysia Lakar Rekod Dengan Kudapan Kegemarannya

Malah sesi cuba rasa anjuran IKEA Food, aktiviti melukis dan mewarna, kerusi muzik dan sebagainya sepanjang hari turut diadakan.

Semua acara ini adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai! Jadi, jangan lupa singgah ke IKEA Damansara pada 20 Ogos untuk meraikan sambutan ulang-tahunnya yang ke-20!

Error happened.
Ikea
https://lomp.at/rx542
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara